Skip to main content

Nak Menulis Kena Ada Info... Kan?

Salam...

Ok, hari ni macam rajin sikit nak menulis sebab tak tahu nak buat apa dah. Ada kerja yang mesti disiapkan segera tapi esok mungkin akan dibuat kot? Harap2 sempatlah siap sebelum waktu sepatutnya. Amin!!! Aku ni selalu je cakap nak buat dengan hati yang cekal tapi sudahnya...hampeh...huhu!

Sudah2lah tu aku ni... Sikit2 nak tulis kat sini, haha! Bosan...lagi? Itu je yang aku tahu sejak keje dulu... Dah tak tahu nak fikir apa lagi sekarang ni. Cuma yang pastinya, aku akan berinai... Untuk raya ni kan... Kuku saja yang merah sebab aku bukan pandai nak berinai untuk diri sendiri melainkan untuk orang tu, iAllah boleh.

Bila dilihat2, ditilik2, dibaca2 balik semua entri2 aku sejak dahulu kala, kebanyakkannya tak memberi info pun. Kalau ada pun bukannya datang dari aku tapi dari luar - cilok kat internet ke, amek dari paper on9 ke, dari buku2 ke... Aku sedar yang aku tak terlalu dan tak banyak membantu pun. Sepatutnya at least mesti ada tapi...

Aku nak buat macam yang kawan2 aku kebanyakkannya buat tapi aku tak cukup idea dan sumber (malas cari kalau camtu) dan tak habis lagi mendalami ilmu memberi info. Sebenarnya tak perlu nak belajar secara formal sebab belajar dan menimba ilmu itu ada di mana2 saja. Even setiap minit pun kita sebenarnya sedang mempelajari sesuatu cuma ada antara kita tak perasan semua tu.

Dan sebolehnya aku nak buat macam tu selain asyik cerita pasal kehidupan harian aku yang hanya aku je yang menulis dan baca. Terima Kasih untuk yang sudi singgah ke sini... Tanpa kamu, maka tak berserilah blog aku ni... Dan dari masa ke masa aku mesti nak cuba tambahkan apa2 yang boleh untuk blog kesayangan hamba ini sampai tak sedar perbuatan aku ini akan melambatkan lagi perjalanan blog ini untuk ke udara...

Dan bila dah edit macam2, tambah semua2 (selalunya tengok kat blog orang semua cun2 belaka) dan segalanya punah dan hancur, aku jadi...argh! tidak!!! Lepas tu menyesal dan taubat tak mahu ulang kesilapan yang sama lagi tapi lepas tu mesti buat lagi. Inilah dinamakan Manusia Yang Tak Puas...hahaha!

Dan pada waktu ni, aku masih tak tidur2 lagi memandangkan esok adalah Sabtu dan ada banyak masa untuk melepak (mengemas rumah pada hujung2 minggu adalah TERBAIK!) dan bangun pun boleh lambat2. Weekdays sekarang ni aku jadi semakin lewat tiba ke sekolah sampai rasa malu dengan semua orang walaupun sebenarnya waktu masuk kerja ialah 8 pagi. Mana taknya, masuk 8 pagi tapi ada cikgu dah tak sabar2 nak masuk lab, 7.45 pagi dah bukak lab... Terkocoh2 aku dibuatnya.

Cuma 2-3 hari ni agak cepat sikit tiba kat sekolah. Mengantuk kena tolak tepi dah pagi2 sebab mesti kena dulukan kerja. Memang lumrahnya aku tak sibuk pun tapi sejak budak2 ni semakin ramai yang masuk jadinya aku pulak kena sibuk2. Malas nak teruskan cerita pasal budak2 ni pada jam2 begini.

Banyak sebenarnya aku nak tulis tapi tak tahu mana nak mula dan apakah yang hendak aku tuliskan. Luahan hati? Itu pun satu halnya jugak tapi bab2 hati ni nanti2lah ye. Mato dah mulo mengantuk tapi belum mahu tidur pulak. Oh ye, sejak 2-3 hari ini jugak bila tidur dah petang2 mesti rasa tak mahu bangun sebab mengantuknya hanya DIA je tahu...
Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!