Skip to main content

Anak-Anak Adalah Cahaya Mata!

Salam...

Beberapa hari ni, aku selalu mengadu pasal budak2 yang susah nak dengar apa aku cakap. Bukan susah nak dengar pun tapi biasalah macam zaman aku kecik2 dulu la gayanya. Aku ni degil jugak tapi kat rumah je...dekat sekolah setakat yang aku ingat, tak adalah pulak...huhu! Tapi sejak Khamis minggu lepas, sedikitlah terubat hati aku ni bila datang 2 orang kanak2 comel... Diorang budak2 pra-sekolah kat dalam sekolah ni. Aku tak pasti sama ada seluruh Malaysia telah dikuatkuasakan pra-sekolah dalam sekolah2 kebangsaan...

Mula2 macam terkejut tapi sebab diorang ni adalah sebahagian daripada sekolah ni so, aku terimalah kehadiran budak2 tu. Masa aku mula2 keje dulu selalunya budak2 yang sebaya diorang hanya meninjau2 dan tengok siapalah yang selalu ada dalam lab ni hari2. Aku pandang je, diorang lari, hahahaha! Khamis lepas tu diorang masuk2 je tanya, "kak, boleh guna komputer tak?"... Dan aku seperti biasa, angguk je. Lepas tu diorang datang semula tanya, "kak, kat mana boleh tengok YouTube?"... Terkejut jugak dengar tapi bila difikirkan semula, zaman canggih2 sekarang ni diorang memang kebanyakkannya dah tahu dan lebih pandai dari kita dalam menggunakan komputer.

Aku layankan je diorang ber2 (masa tu la...). Tanya2 diorang balik pukul berapa, duduk kat mana, siapa nama? Peramah jugaklah... Aku selalu rasa macam2 masa nak mulakan perbualan dengan kanak2 sebab biasanya diorang TAKUT dengan aku. Tapi sejak adiks epupu yang seorang tu bila aku balik kampung dan dia pun kebetulan balik jugak dan selalu akan dok melekat dengan aku, aku dah hilang rasa macam2 tu. Adik sepupu tu umurnya 7 tahun... Budak2 pra ni pulak 6 tahun...dan diorang sendiri panggil aku KAKAK... Haha, itu pun nak kecoh kan?

Ni baru je diorang tanya, "kak, boleh bukak Myspace?"... Harapnya diorang pandai bukak itu ini tapi bukan yang tidak2 dan yang dilarang... Dan minggu lepas jugak (Jumaat), diorang masuk lagi dan nak gunakan komputer tapi masa tu ramai budak2 lain, jadi diorang asyik ke sana kemari nak cari komputer yang boleh guna untuk internet. Kebetulan lagi, cikgu yang uruskan lab2 ni ada dalam bilik server dan dia keluar tengok sebab budak2 ni macam tercari2 sesuatu je. Cikgu tu tanya, "tahu guna tak?"... Dan2 aku jawab, "diorang cari YouTube, miss Yap...". Cikgu tu pun dengan perasaan terujanya kata, "oh!!!"...

Budak2 kan, fikiran diorang masih putih dan suci dan kita sebagai yang lebih dewasa kenalah pandai2 nak tunjuk mana baik dan mana yang buruk. Dengan budak2 pra ni, aku tak jadi nak marah pun dan aku tahu kalau aku cakap tak perlu buat itu ini, diorang mudah dengar dan degil tu belum ada sangat... Lapang jugak hati aku ni bila dekat2 waktu balik kerja.

futnot: baju raya macam mana ye? recycle baju yang aku pakai sekali je masa sepupu2 kawen awal tahun ni kot...itupun lepas dah fikir banyak2 kali...hehehe. padahnya untuk orang yang selalu tangguh2 kerja...pemalas!!!

Hidayah Yassin Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!