Skip to main content

Ramadhan Bakal Pergi, Syawal Makin Hampir...

Salam...


Sekejap je kan tinggal seminggu je lagi kita akan berHARI RAYA. Tapi mood aku macam berbelah bahagi je sekarang, entah kenapa? Rasa nak raya tu adalah jugak walau rasa sedey sebab puasa bakal tamat...bukan tipu2 tapi benar2 yang aku rasa tika ini...


Dan seperti kebiasaannya, aku rasa sepi...bosan! Dah la hari2 mengadap budak2 yang tak reti2 nak dengar apa aku cakap...hari2 nak kena jerit. Aku tak kisah kalau budak2 tu TAHAP 1 tapi bila libatkan TAHAP 2 yang aku sedia expect diorang akan FAHAM dan dengan sekali cakap diorang DENGAR tapi segalanya hanya tinggal harapan semata2. Ke mengada2 lebih diorang ni? Atau diorang fikir, siapalah aku ni kan? Cikgu2 diorang pun tak bising... Kakak lab ni kecoh lebih la...


Cuba kamu bayangkan kalau kamu di tempat aku, aku fikir mesti lebih dari apa yang aku dah selalu buat, kamu akan buat. Dugaan puasa betullah yang aku rasa sekarang ni. Penat nak menjerit2 dan kalau diorang tak dengar, aku akhirnya bolayanlah...malas nak bising2 dah. Dan aku sekarang tiapkali dorang nak masuk (semalam lupa nak buat) dan tiapkali diorang nak balik, aku akan tunggu depan pintu... Bukan nak sambut atau menghantar tapi nak ingatkan diorang apa yang diorang kena buat... Kalau tak, habislah aku... Walaupun tak ada cikgu2 yang bising kat aku suruh buat itu ini tapi sebagai Pembantu Lab, ini je tempat yang diamanahkan pada aku untuk dijaga...


Ada sekali-sekala tu, selamba badak berendam betullah...aku cakap, "nak keluar, susun/masukkan kerusi kat tempatnya semula... headphone dah guna masuk balik tempatnya. tak payah shutdown PC", depan2 mata aku diorang boleh blah macam tu je? Sakitnya hati aku masa tu Allah je tahu... Nak aku titik2, anak orang dan dah macam jadi kebiasaan bila kena usik sikit, cuit sikit...hadaplah pulak dengan mak ayah diorang tu... Nanti cakap lebih2 dorang kata aku tak bagi masuk pulak. Dan kalau tak buat macam tu, dorang tak bertanggungjawab pulak nanti. Aku ni sebenarnya tak suka nak bising2, sekali aku cakap kalau korang tak dengar...lantaklah!


Kejap lagi kena jaga pintu masuk, tengok dorang susun kasut ke tak walaupun macam tak perlu nak buat semua tu tapi nanti kalau cikgu dorang masuk atau lalu kan ke nanti kena ulang alik buat 2-3 kali keje? Jadi sebelum masuk tu, pandai2lah nak susun2... Ada jugak masa belum puasa tu, makan sorok2 dalam lab. Hang ingat ceq tak bau dan tak perasan? Mula2 aku tegurkan, dia sorok je makanan tu dan last2...aku nampak lagi terus aku cakap...makan kat luar. Dah le lab ni sensitif betul, kejap je nanti semut berkeliaran. Dorang takpelah, main tinggal je...


Dan satu halnya lagi bila aku sempat sound pasal Jangan Tinggal Apa2 Barang sebelum keluar. Boleh ke stokin tinggal sebelah je? Pelik betul...tapi takde pulak yang nak datang semula dan cari... Lepas tu selalu sangat tinggalkan sapu tangan dan sekarang ni dengan Face Mask pun dorang tinggalkan... Apalah nasib aku? Nasib baik aku ni tak disuruh jadi cikgu ke atau orang yang bertanggungjawab untuk mengajar... Jadi sempena Ramadhan yang kira2 tinggal seminggu je lagi ni, aku harap aku boleh bersabar sesabar2nya...

Hidayah Yassin Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...