Skip to main content

Aku Garang, Ke?

Salam...

Setelah sekian lama, aku kembali menulis di sini. Hilangkan bosan yang dah selalu nak melekat dengan aku ni... Tapi bosan ni tetap jugak nak duduk dengan aku. Apa aku merepek ni? Isnin je, rasa malas menyelubungi diri...lumrah hiduplah kan? Selama 2 hari cuti hujung minggu, aku tak buat apa2, cuma melepak2 je kat rumah. Oh ye, semalam aku berjaya potong kain untuk dijadikan sebagai Baju Kurung untuk Raya nanti... Dah test sebelah tangan dan terasa sempit... Kenapalah aku ni? Buat baju sendiri pun boleh kecik sana sini? Berangan badan kecik la tu kan?

Malam ni, iAllah nak siapkan sepasang Kurung Oren+Berkain Batik itu. Malu je sebab buat baju sendiri tapi tak berapa nak jadi...inilah yang dinamakan sebagai sengal...huhu! Lama dah tinggalkan gunting, kapur, tali tape dan sebagainya... (alasan mesti bagus...huhu!)... Lama tak menulis sebab tak ada RASA nak menulis tapi bila dah terasa lama tak menulis, kena jugak tulis sesuatu kat sini, nampaknya.

Selama berdiam diri hari tu, selain melepak saja2...aku kacau kawan2 yang selalu sibuk tapi aku buat2 tak faham dan kacau diorang jugak... Tak pernah lagi dengar diorang kata, "aku bz la...nanti aku call kau balik"... Tahniah kepada diri aku sebab dapat kawan2 yang memahami dalam keterpaksaan dan kerelaan mendengar apa yang aku nak luahkan pada diorang. Walaupun setiapkali cite hal yang sama, diorang tetap punya hati nak dengar. Tapi aku akan mulakan soalan sebelum meluah, "bz tak?"... Kalau jawabnya bz, aku cuba cari masa lain...baik tak aku? Hahahaha...berangan puji diri sendiri ni...

Jauh menyimpang dari tajuk kali ni. Saja je tu buat gempak walau takde yang nampak gempak pun. Ini kisah aku di sekolah, tempat keluarnya peluh menitis2...haha. Melampau betul perumpaan ni. Sekarang ni (maksud lebih mendalam ialah sejak setengah tahun aku keje sini), budak2 @ student sekolah tercinta ini sudah semakin rajin masuk sini. Mula2 dulu hanya 2 orang je budak2 Cina... Lama2 masuk budak2 besar (budak darjah 6-dah hampir tinggia ku tu...), kecik dan segala jenis manusia kecuali cikgu (itu masa ada kelas saja). Meriahnya kalah bising kat kantin...

Padahal diorang ni teruja nak guna komputer je... Bising tu yang aku geram je tiapkali budak2 ni masuk. Sampai satu masa, lepas puas bersabar aku sound terus kat diorang. Bukan tak kasi nak guna tapi hagak2 lah sikit. Guna tu pakai tangan je, kenapa nak kecoh lebih2? Yang siap guna headphone lagilah pulak. Dah dia tak dengar apa orang tengah cakap, dia anggap orang lain pun tak dengar jugak apa yang dia cakap sampai nak kena menjerit2 bagai... Sabarlah wahai aku!!!

Dan paling tak boleh blah bila diorang pandai ikut suka hati switch off komputer tak ikut aturan (padahal aku pun sama je...). Sebab komputer2 ni semua lembab2 belaka. Kira dah boleh campak muzium la...itupun kalau muzium sudi nak amek la. Sepatutnya seiring dengan pembangunan dan kemodenan sekolah (ecececeh...), lab komputer ni pun kena maju jugak. Aku akan mulakan dengan hiasan2 yang sepatutnya setahun dulu aku dah buat... Pengajaran untuk aku sebenarnya ni...

Benda2nya dah ada cuma perlu dicetak sahaja...dan selepas itu akan ditampal di dinding2 dalam jugak luar lab. Sebab bila aku tulis kat whiteboard, tangan masing2 gatal je nak memadam2. Bila aku pandang dengan pandangan tajam sikit, diorang terus buat2 tak tau apa2. Dan sekarang kalau diorang bising aku ketuk je guna pembaris tu atas meja. Itupun diorang buat tak tahu je... Yelah, aku bukan cikgu diorang kan? Pembantu lab je pun... Nasiblah aku tak jadi cikgu tau. Bukan profesion yang sesuai untuk aku. Sebabnya (lagi?), aku kurang sabar orangnya. Dengan mak abah aku pun kadang2 hampir menjerit masa nak ajar...inikan pulak budak2.

Dulu2 kat rumah lama pernahlah ajar budak2 kecik mengaji... Aku rasalah seluruh taman tu bergegar dengar suara aku... Maaflah ye, aku takde bakat untuk mengajar orang. Sikit2 boleh la...dan mengajar yang cepat pick up tu aku suka la...huhu! Memilih jugak aku ni ye? Inilah luahan aku untuk kali ni...hahaha...jangan menyesal membaca. sekali menulis tak reti2 nak pendek2 dan kalau pendek tu maksudnya habis idealah gamaknya...

futnot: aku cuba muhasabah diri, tenangkan fikiran, doakan aku ye teman2 semua?

Hidayah Yassin Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Comments

Fathiyah said…
salam dayah :)
mcm mn puasa kali ni?
eh awak,kte ni garang gak.hehhee.tak tau la mcm mn nak ubah/kurangkan kegarangan nih.hehe.slowly la kan.
wah,kte plg kagum org pandai jht baju.sbb kte tak reti jht.jht gua tgn skit2 tu bolehla.hehe
Fathiyah: wslm...puasa ok lah jugak...haha! sama la kita...nak tapi budak2 ni kalau kita makin marah, makin diorang buat dan end up kita cuma diam dan sabar banyak2 je...nama pun budak2 kan? takpe2 boleh ubah tu, i'Allah... kita belum siap jahit bagi habis baju2 tu semua. tak selesa sebab ada ramai orang kat rumah...takpe, boleh belajar dan kalau boleh jahit sikit2 tu kira ok la tu...

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!