Salam... Boleh ke alarm tak bunyi semalam? Nasib baik sempat tulis entri walaupun terlambat... Baik punya cover nak salahkan alarm pulak ye? Entri ini khas untuk Abah & Mak sebab dah sampai 27 Tahun Ulangtahun Perkahwinan... Tak ingat bila tapi pernah aku tanyakan bilakah tarikh Abah & Mak disatukan... Aku tanya Abah dulu, katanya berapa haribulan entah. Aku tanya Mak, katanya 25 haribulan Ogos 1982... Dan Abah pernah tunjuk pada aku kad kahwin yang dia simpan lagi (tatau ada lagi ke tidak sekarang ni...)... Siap tunjuk senarai nama2 yang bagi duit ramai2 (kawan2 Abah)...dan kawan2 Abah tu semua masih aku jumpa sampai ke hari ini. Tahniah untuk Abah & Mak di atas Perkahwinan yang telah dilaksanakan sejak 27 tahun dulu. Aku tahu sikit2 sejarah perkenalan dari Tok Mak... Kalau duduk2 dengan Tok Mak, habis semua cite aku suruh Tok Mak cite. Bukan sejarah Abah & Mak je, semua adik-beradik Abah pun aku tanyakan jugak... Pada semua sepupu2 tersayang, kalau nak tahu silalah be...
Simple. Funny at a time. Emotional (because of age, definitely). Like typing anything but always lazy to do it.