Skip to main content

Bertenanglah Wahai Hati!

Salam...

Setelah sekian lama berfikir dan selam hati sendiri (dengan bantuan teman2 sudah tentu), akhirnya aku dalam usaha untuk melupakan orang yang pernah buat aku rasa suka dan cintakan dia (geli tak...geli tak? hehe) satu ketika dulu. Kalau boleh hilangkan memori pasal dia dalam hati dan fikiran ni, dah lama aku cuci bersih2. Itu kalaulah...tak elok berkalau2 kan?

Yang penting sekarang kena mula fikir apa yang sepatutnya aku fikir. Bukan yang bukan2 ke, yang luar jangkaan ke. Fikirkan apa yang sedang berlangsung, habiskan apa yang sudah bermula... Aku harap aku benar2 dengan keputusan ini. Aku hanya manusia biasa, mana mungkin dapat lupakan terus (tapi ada jugak masanya lupa langsung).

Sekarang uang aku mohon andai dia itu adalah yang sebenarnya untuk aku, maka dekatkanlah TAPI kalau bukan, jauhkan dan hilangkan dia dari pandangan aku... Rasanya dia memang bukan untuk aku, sejak kejadian sebelum Raya 1430H, langsung tak nampak bayang lagi apatahlagi terserempak. Sepatutnya dah lama aku sedar tapi aku jugak yang buat2 tak nampak semua tu. Kononnya percaya kata hati... Aku lupa yang nanti aku akan 'Mati' sebab ikut sangat 'Hati'.

Dan kalau diikutkan hati, sejak beberapa minggu lepas aku nekad nak buat sampai dia tahu aku siapa tapi akhirnya aku tak berjaya sebab aku sedar aku sedang bermain dengan 'Api'... bodohkan diri sendiri je. Dan akhirnya aku biarkan saja apa yang aku inginkan ini berkubur macam tu je. Biarlah dia tak tahu. Itu lebih tenang untuk dia mungkin. Aku sedar siapa aku...

Ya Allah, tenangkan hatiku, beri aku peluang untuk memilih...dan aku redha dengan apa yang telah Engkau tentukan untuk aku sepanjang hidup ini... Aku harap aku sedar ini semua ujian dariMu... Engkau saja yang tahu apa yang terbaik untuk aku, hambaMu yang lemah dan kerdil ini.

Aku selalu fikir dimanakah jodohku, bilakah aku akan ketemu dengan dia? Tapi itu semua sudah Allah tentukan cuma aku yang tak sabar2 nak tahu. Hari2 merintih dengan orang sekeliling. Dan aku bersyukur dikurniakan orang2 yang selalu beri reaksi dan fikiran yang +ve atas apa pun aku luahkan pada diorang semua. Maaf jugak sebab tak ikut apa yang korang sarankan...aku dengar dan berterima kasih atas nasihat2 tu semua tapi agak lambat nak praktikkan je...

futnot: nak cari yang Sempurna itu mustahil...

Comments

NomborSebelas said…
kamoo akan jumpe yang terbaek untuk kamoo nanti..insyaALLAH :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/
Abd Rahim said…
jgn kecewa putus cinta...harusny sibukkan diri agar melupakan seseorang tu...
HidayahYassin said…
sebelas - thanks...
Mr Kamikaze - bukan putus cinta, belum masuk 'dunia' bercinta lagi...

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...