Skip to main content

Catatan Hati Seorang Perempuan

Seorang perempuan itu, hadirnya tidak semua orang suka...
Hadirnya seorang perempuan itu, dipandang dengan 1001 pandangan...
Dia datang je, semua orang akan bercakap sendiri tentang dirinya...

Siapa dia?
Kenapa dia ada kat sini?
Macam mana boleh ada kat sini pulak?
Semak je mata aku tengok dia...

Korang rasa2 kenapa orang tanya macam tu ye?

Biarlah dia dengan kehidupan dia.
Dia mungkin sedang punya masalah sendiri...
Kita bukan nak tolong dia pun...
Sukahati je nak bercakap yang sia-sia...
Jangan tambah dosa yang dah sedia berbakul tu...

Kita dengan hidup kita sajalah ye...
Allah lebih tahu kenapa dan apa yang jadi pada dia tu...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dan perempuan itu datangnya dari ceruk rantau yang tak siapa tahu dimana...
Dan perempuan itu punya masalah yang tiada seorang pun tahu...
Dia tahu tiada siapa yang mahu bantu dirinya...

Pernah dia suarakan sesuatu pada seseorang tetapi akhirnya dia dipulaukan...
Dan selepas itu, dia cuma diamkan masalahnya dari semua...
Tiada yang terkecuali...TIDAK!

Dia penat mengatur hidupnya sendiri.
Dia lelah menahan rasa pedih seorang.
Dia letih mengharap bantuan orang.
Dia serik minta bantuan orang.

Akhirnya dia keseorangan tanpa ditemani sesiapa pun.
Dia ada keluarga yang sudi sayangkan dirinya...
Walau dia hanyalah anak yang tidak tahu asal dari mana.
Ya, dia cuma anak pungut Atuk, Nenek, Ibu dan Ayahnya juga adik-beradik susuannya yang tak pernah tinggalkan dia dalam kesulitan apatahlagi kesedihan.
Dia juga sangat sayangkan keluarga pinjaman Allah untuk dia...

Kemana saja kaki melangkah, dia cuma ingatkan diri yang Allah ada untuk jaga dia di kejauhan.
Dia jauhkan diri hanya kerana mahu cari jalan untuk hidupnya sendiri.
Dia bukanlah sombong atau bongkak dengan menjauhkan diri dari keluarga yang telah banyak susah payah untuk dirinya selama ini...

Ya Allah, jagakan keluarga yang Kau pinjamkan padaku ini dari segala bahaya dan malapetaka...

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...