Skip to main content

Reunion?

Salam...

Mood macam dah mari je tengah2 pagi ni. Masih tak sedar diri yang masa semakin suntuk - assignment masih tengah nak siapkan, presentation yang tak tahu nak cakap apa nanti. Ya Allah, bantu aku hambaMu yang lemah ini. Memang lemah jugaklah sampai nafas asek rasa sesak je. Akibat tak reti2 nak bersenam, haha! Pemalas den ni...

Tinggalkan bab assignment tu dulu sebab submission date pun 11 Julai ni (asek tukat tarikh je).

Apalah agaknya perasaan bila dapat jumpa kawan2 lama? Saya? Mestilah seronok yang teramat sangat sampai tak tahu nak cakap apa dah. Nak2 dia tu pernah jadi kawan baik masa sekolah2 dulu dan lost contact bertahun2 lamanya...diizinkan Allah dapat jumpa balik. Memanglah bersyukur sangat2. Rasa tak sabar nak tahu perkhabaran terbaru semua orang...apa jadi lepas berpisah masuk Tingkatan 1? Lepas SPM pulak buat apa?

Tapi macam ada kepantangan sikitlah selain dari pantang orang bersalin...huhuhu. Bila soalan2 yang bakal ditanya - Kau buat apa sekarang? Keje kat mana? Bila nak kawen (ini memang soalan maut punyalah - tapi best untuk jawab mula2 je)? Dan semua soalan2 yang agak tak mencabar diri ni... Buat saya rasa semua makanan yang dimakan nanti tak tertelan dan tersekat kat kerongkong. Hahaha... Bagilah soalan2 best sikit ke kan? Demand pulak...

Tapi itulah soalan yang PASTI keluar punya (ceh, time sekolah takmo pulak ramal2 soalan kan?). Tak apelah acik redha lah dapek soklan2 yang cenggitu. Lagipun dah konfem den tak dapek nak join Reunion sekolah rendah kedua - Sek. Keb. Sultan Alam Shah 1 (biasalah sekolah sepah2). Sebab2 tak dapat nak join - ada kelas Ahad berikutnya (reunion Sabtu 10 - 11 Julai 2010 kat Perak).
Tingkatan 1 Fitrah

Memang mulanya saya tick 'Might Attending' kat RSVP (macam Maulana pulak...hihihi!) sebab tak suka janji2 n bagi orang harapan. Kang penat2 arrange cantik2 tapi den tak join...kesian pulak. Memanglah betul, Manusia Merancang, Allah Tentukan tapi, den sendiri tak tau boleh pergi ke tak? Dan bila dah tengok dan ingat2 balik jadual n 11 Julai tu jugak nak kena submit assignment (seperti yang telah dinyatakan kat atas tadi), nampaknya memang tak dapatlah nak join.

Bukan tak mahu tapi tak kena pada masa. Saya tahu apa perasaan orang yang dah rancang reunion ni sebab saya pernah merancang 2 perjumpaan kecil2an yang masa mula2 merancang memang mengharap sangat2 semua orang dapat join tapi bila tengok2 balik pada hasil reunion lama dulu nampaknya kita kena sedar yang tak semua orang tu sama. Semua tu pasti berlaku punyalah. Nak sakit hati pun tak elok, jadi terima saja kedatangan orang2 yang boleh luangkan masa untuk 1 atau 2 hari tu...sedih memang sedih sebab tak dapat buat semua orang join.

Dan bila saya rancang lagi satu pertemuan juga berlaku perkara yang sama. Tak apa, saya redha sebab saya faham itu semua akan jadi punyalah. Kalau diizinkan Allah, kita pastikan bersua lagi nanti. Bak kata teman serumah kat PJ dulu, "kita pergi je kenduri si polan. reunion kat sana, jimat makan minum, dapat gift lagi tu. minyak n tol sendirian berhad je". Hahaha, idea tu memang agak bagus tapi macam kurang boleh dipakai je...:D

It's ok if we can't make it. Iallah andai rezeki bertemu itu milik kita, ianya milik kita jua akhirnya. Saya doakan segalanya berjalan dengan lancar untuk Reunion Sek. Keb. Sultan Alam Shah 1 yang bakal diadakan nanti.

Tingkatan 5SI4

Oh ye, saya baru je dapat jemputan Reunion SMKSS 1983 kat Serdang (rumah lama). Agak2 dapat ke tak nak join ye? Tunggu dan lihat sajalah. Sebab yang ini kebanyakkannya dah jadi mak2 orang (saya dulu kelas ERT)...segan pulak den nak pegi tayang muka...huhuhu! Dan kejadian bertanya soalan2 ni pun akan ada jugak iAllah. Kalau jadi, akan dikhabarkan pada semua...

Kamu semua join Reunion tak?

Comments

yonna said…
budak2 sembang lebat nak datang mmg ramai kak.end up 4-5 orang je terpacak.gila sakit hati
HidayahYassin said…
tau takpe yonna. geram memang geram tapi lantak p la. kalau tiba giliran org2 lain yg buat, dorang akan faham...

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...