Skip to main content

Kosong... Empty!

Salam...

What is going with me? Aseklah bukak blog kononnya nak menulis tapi lepas tu biar je sampai tak tahu nak buat apa then klik pangkah. Dah dekat berminggu2 jugak macam ni. Inilah akibatnya kalau ikut hati sangat. Kan orang dah kata, Ikut Hati - Mati...Ikut Rasa - Binasa... Ikut Akal itu lebih baik kan? Semoga aku tak berterusan beginilah...dah bosan dengan perangai sendiri. Kadang2 tu tiba2 boleh moody sesaje tanpa sebab yang kukuh. Kot kalau nak periid ke takpe jugak, at least boleh terima alasan tu. Aku rasa hati aku dah takde cahaya kot? Tu pasal asek nak ikut hati je. Bila orang cakap kalau tak dengar betul2, pasti akan ternganga sebab tak faham...dengar yang depan, keliling pon mula bersuara sampai tak boleh nak fokus...

Dan sekarang aku kembali menulis selepas beberapa lama. Aku pon bosan jugak bila bukak balik blog, asek muka surat yang sama je. Oh ye, ada bincang2 dengan orang2 tertentu pasal nak ubah blog ni kepada domain sendiri (iAllah...doakan) supaya semua jenis blog yang aku dah pernah daftar bersepah2 tu aku dapat sekalikan, senang... Bila tu, aku sendiri tak pasti tapi harapnya dipermudahkan urusan...tapi ini hanyalah perancangan sahaja, ketentuannya tak tahu lagi.

Apehal blog ni? Cari pasal ke? Merajuk atau jauh hati dengan aku ni? Dah enter banyak2 kali takmo turun2 pulak...ni yang nak marah ni tau... Ah ha! Selama dan selepas 2 hari borak dengan teman baru, baru aku tahu selama ni aku yang buat hidup aku complicated. See? In 2 days, orang boleh kenal aku? In 2 days, orang boleh describe aku walaupon aku tak pernah jumpa dia pon. Mungkin jugak dari cara aku menulis dengan dia kot? Itulah yang orang kata, kawan bertahun2 pon belum tentu kenal sepenuhnya. Aku tak pandai sembunyi apa yang ada pada aku. Sebolehnya aku cuba jujur dengan orang dan paling utama dengan diri sendiri tapi banyak lagi yang perlu aku belajar lagi ni...

Oh ye, korang rasa seseorang tu boleh berubah kerana orang lain dalam masa yang cepat tak? Berubah kerana sayang orang tu, kerana orang tu sendiri atau terpaksa walau tak rela? Bukankah itu adalah sesuatu yang takkan kekal lama? Sebab kalau berdasarkan kerana seseorang, bila dah tak suka atau sayang...akan kembali kepada keadaan asal kan? Tapi kenapa boleh jadi macam tu ye? Kenapa tak semua manusia boleh terima dengan hati yang terbuka diri kita seadanya? Kenapa mesti kena berubah baru nak terima? Ini persoalan umum...tiada kena mengena dengan apa2 atau sesiapa...

Oklah, untuk kali ini, ini saja yang termampu. Harap akan kembali dalam masa terdekat. Doakan kejayaan, kesihatan, kesejahteraan, semuanya bersama...

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Comments

Fathiyah said…
yay,kamu udah kembali! awak ok?
HidayahYassin said…
yeay...!!! ok tapi ada masa tak ok jugak...awak sihat?

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!