Skip to main content

Ukhwah Fillah...

Salam...

Blog dah comel2 pun malas nak buat entri baru...haha! Pujilah sendiri sebab tak mungkin kot ada yang puji dah dan setakat ni, puas hati dengan template ni dengan segala2nya sekali...takde masalah lagi kot. Ok, minggu ni agak busy dengan segala macam kerja2 yang berkaitan.

Kebelakangan ni bagi aku sendirilah, barulah rasa sebenarnya ramai lagi sedara2 aku ye? Tahu dah ada ramai cuma untuk berjumpa itu adalah sangat mustahil ketika itu (dulu). Tapi sekarang alhamdulillah tapi macam ada je yang macam susah jugak nak diketemu disebabkan kesibukkan masing2 walhal kita ini punya kaitan yang agak rapat.

Kenapa kalau dengan orang2 luar (kawan2lah biasanya) kita macam ada banyak masa untuk mereka walau kadang2 ada yang bila senang lupa tapi susah kawan2 itulah jadi tempat mengadu segala hal. Mungkin ianya bermula dari dalam diri sendiri.

Sedih tengok ada ahli keluarga yang dah veteran bila teringin sangat nak jumpa sedara itu dan ini nak2 dalam keadaan yang tak berapa nak mengizikan ketika ini pula. Nak berjalan sellau tak berapa nak larat. Nak menanti kunjuang ahli keluargayang lain (jugak veteran), sama juga kondisi diorang. Ini adalah UMUM dan pernah mungkin jadi pada kalian?

Kadang2 masa muda telah buat kita semua lupa (tua sangat ke aku? hahaha), kalau tak ada sedara yang sejauh itu tak apa... Tapi bila usia menjengah, kesedaran itu macam memberitahu kita yang hidup kita makin tak mengizinkan kita untuk lama2 dia bumiNya ini.

Dan disebabkan inilah telah membuatkan diri sendiri fikir apakah aku akan jadi begitu juga? Waktu muda, segalanya masih panas dan berbahang. Kalau salah sikit siram kononnya nak redakan rasa bahang itu tapi dah tersalah siram pulak...akhirnya kita yang disalahkan. Bukan nak menuding jari tak tentu pasal tapi ianya berlaku dalam keluarga aku sendiri dan ada jugak kat keliling kita...

Nak mempertahankan itu bagus dan baik TAPI tolonglah jangan terlalu mempertahankan sampai apa yang dah tentu2 kita nampak SALAH pun kita kata BETUL? Apa maknanya tu? Mungkin aku kalau jadi seperti dia dan dia...(sesiapa je) akan buat perkara yang sama tapi cara kamu itu seolah2 macam kamu TAK pernah buat salah...selama hidup ini.

Kita pastilah akan pertahankan hak kita dan siapa yang paling rapat dengan kita (situasi sekarang : keluarga). Tapi bukan semua benda yang kita buat itu betul? Ok, itu dia dengan cara dia, kita dengan kisah kita. Tapi sayang sebab keluarga kita yang sedia ada tak berapa nak besar tiba2 bercakaran yang semakin lama semakin parah sampai tak tahu apa nak buat lagi... At the end, I'm just hope and pray to Allah for our happiness in life...n hope so we will get back together like before!

Tapi takkan ada apa2 perubahan kalau tak ada usaha dan komitmen semua. Dan pernah dengar (rasanya ini benar) kata orang, kalau adik-beradik itu hubungan baik je tapi bila masing2 dah kawen penyebab renggangnya hubungan persaudaraan adalah disebabkan oleh ipar duai... Jeng Jeng Jeng! Kenapa dan mengapa tiada sebab yang konkrit... Sebab tidak semuanya begitu pun.

Kadang saya terfikir, apakah bila kita semua dah dewasa dan mengambil alih tempat orang2 tua terdahulu, kita juga akan mengalami hal yang sama juga ke? Adakah ini yang dinamakan sebagai roda kehidupan yang WAJIB kita lalui? Saya lihat orang lain tidak seperti saya pun? Itu apa yang saya nampak dari luar, dalamnya tidak pula saya selidiki.

Dan bila difikir semula, semua orang punya perasaan masing2. Kita yang muda biasanya dengan rasa marah, baran dan panas...jaranglah cepat bersabar bila berlaku sesuatu. Yang agak berusia pula mudah saja hati tersentuh. Jangan tak tahu ye, walaupun orang2 ini mudah bergurau tapi bila tiba satu masa benda biasa boleh jadi luar biasa. Jadi, bila bercakap tu kenalah hati2...kalau tak bawa padah.

Harap sangat kita semua kuat dan utuh dalam perhubungan sesama kita lebih2 lagi antara saudara sedarah sedaging. Sebab bila kita susah sepatutnya saudara2lah selayaknya membantu. Tapi kalau terlalu EGO, tepuk dada tanya iman. Kita semua sudah matang dan kita patutnya tahu apa yang baik mana yang buruk. Saya juga benar2 takut dan sedih andai satu hari nanti saya TERPAKSA berhadapan dengan situasi ini.

Fikir2kanlah...

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Comments

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!