Skip to main content

Hidup dan Mati Itu Urusan Dia...


Salam...

Entah kenapa sejak akhir2 ni, aku selalu dengar tentang kematian, keuzuran. Tapi ini melibatkan orang2 yang hubungannya dekat dengan aku, rapat dengan keluarga aku semuanya. Akhirnya aku anggap ianya sebagai peringatan untuk aku yang Mati itu tak kira di mana, bila masa dan berapa usia kita sekalipun... Sejak awal tahun ni, ada saja yang sakit2 (kebanyakkannya yang dah berusia), admitted dan lepas tu pergi mengadapNya.

Awal tahun hari tu, aku dikejutkan dengan pemergian bakal abang sepupu (bf kakak sepupu) tiba2...tapi kebanyakkannya suspek Sakit Jantung. Muda lagi arwah abang tu - 31 tahun kalau tak silap. Dan untuk pertama kalinya aku dapat tengok muka arwah dari dekat masa tengah terbaring dan lepas dikapankan. Perasaan masa tu tak pulak takut atau seram...cuma tak percaya sebab yelah mungkin dia masih muda, nampak sihat je...tau2 dah takde je...

Yang kedua pulak pak Long (abang ipar mak) meninggal. Tapi aku tak terkejut walaupun masa arwah abang yang tadi tu meninggal arwah pak Long ada datang menjenguk dan aku tak sempat nak jumpa pun. Ingat lepas je jenazah arwah abang tu di bawa ke kubur, aku nak tegur arwah pak Long tapi tak sempat... Pak Long meninggal dunia kat Hospital Melaka. Katanya Kanser Paru2... 

Lepas tu sedara mak kat Melaka pulak. Dia admit kat HTJS walaupun duduk kat Melaka. Masa pertama kali jumpa selepas sehari dia masuk, rancak berborak (kata kawan, itu salah satu tanda2 orang tu bakal 'pergi' selamanya)... Menantu dia pun macam terkejut tengok sebab banyak sangat bercakap masa tu. Dan makcik Ipah meninggal pagi Maghrib Khamis (ikut Islam dah masuk Jumaat)... Kanser Payudara. Katanya dah lama tahu (adik-beradik perempuan arwah makcik Ipah memang ada sakit yang sama) tapi dia simpan sendiri2...wallahua'alam...

Dan yang terbaru, abang sepupu mak yang kitorang panggil pak Tunggal... Ikut pengesahan doktor, ada kaitan dengan paru2...lupa nama sakit tu. Last jumpa+bercakap raya dulu...lama dah kan? Sehari sebelum dapat tengok dan salam je... Pagi2 Jumaat tu (skip keje...) gerak balik kampung...tak berapa pagi pun sebab sampai2 je kat kampung dah selamat dikebumikan dan proses untuk semua2 tu berlaku dengan pantas...

Apa yang aku dan semua harap (keluarga terutamanya) semoga roh mereka2 ini dicucuri rahmat Allah selalu dan ditempatkan bersama2 mereka2 yang beriman... Al-Fatihah...

"Kami tidak membuat sesuatu makhluk sebelum kamu (Muhammad) untuk hidup selama-lamanya" (21:34). Justeru, semua makhluk mati, termasuk Nabi Isa, yang sesetengah golongan percaya tidak wafat kerana akan turun ke bumi untuk menyelamatkan manusia sebelum datang Hari Kiamat. Bagi pihak yang berat menerima kenyataan tersebut Allah menegaskan pula dengan beberapa ayat al-Qur'an. Dua daripadanya adalah:
"Apabila Allah berkata, 'Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu ....'" (3:55)
"Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)
Ayat pertama menunjukkan kenyataan daripada Allah, dan kedua, kenyataan daripada Nabi Isa sendiri tentang kewafatannya. Isa yang hidup sebelum Muhammad telah wafat atau mati seperti makhluk lain. Kepercayaan bahawa dia akan turun ke bumi adalah kepercayaan Kristian yang turut hadir dalam Islam tanpa ajaran al-Qur'an. (sumber:http://www.e-bacaan.com/)
futnot: adakah rasa tak sedap hati...berdebar2...ada kena-mengena dengan semua ni???

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Mak!

Y ou're 55th!

Andai Ku Tahu...

Salam... Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...!  Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau... Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)... Ungu - Andai Ku Tahu Andai Ku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan m...