Skip to main content

Posts

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang

Salam... Ye benar, pagi ni Mendung cuma sekadar menjengukkan diri lepas tu diberi pula ruang untuk Matahari menunjukkan dirinya semula. Dan aku? Seronoklah sebab aku keseorangan di dalam sini, bila cuaca agak gelap aku jadi runsing. Terima kasih Tuhan! Masih lagi macam biasa...tahap bosan semakin naik. Fikir aku hari ini Jumaat dan pastinya ada kelas sedang menanti di depan pintu. Tapi takde pulak? Mungkin sebab minggu depan ada Ujian Bulanan sebelum sekolah mula bercuti. Aku ni entah dapat cuti atau tak, tak tahulah. Macam biasa masih tidak sabar nak hadapi Ahad yang bakal tiba. Hati berdebar2 macam nak jumpa siapa je? Sangat lama tak jumpa semua2 yang akan aku temui nanti. Semoga segalanya dimudahkan Allah. - hadiah belum beli - barang2 dah pack semalam (tak sabar sangat) - kodak kamera tak beli lagi + bateri (kamera lama) Tak biasa listkan apa2 yang perlu dibuat sebenarnya. Tau2 merancang dan siap segalanya. Tapi cam tiba2 je nak buat list lepas tu kepala otak pun blank tak tau n...

Tak Habis2 Kisah Alihkan Kete...

Salam... Tak tahulah apa masalahnya sampaikan kisah ni tak habis2 lagi. Pagi2 tadi sampai agak awal tak awal jugak. Dah cuba datang seawal mungkin tapi sebab benti beli sarap tu yang bila sampai sekolah cam sama je aku datang lewat sikit. Huh! Baru kejap tadi, ada kelas tiba2 sekolah call suh aku alihkan kete. Lagi??? Pelik jugak sebab semalam dengan hari ni aku park kat luar sekolah. Dalam banyak2 kete, kete aku gak yang diorang suh alih. Tapi dah sekolah call, keluar jugaklah konon2 nak alihkan kete. Aku cam tak bape nak sure so aku ke ofis sekolah. Sambil lalu nampak gak satu van dengan tangga panjang *orang yang nak buat wiring kot? Tengok kat luar pagar takde apa2 pun... Masa nak naik tangga terpandang satu Unser... Kelabu pulak tu. Ini mesti kes salah faham la ni... Sebab aku dah lama tak bawak Unser *unless Tiara buat hal ... Dan Unser mak warnanya coklat+emas gitu la kot. Aku tatau nak explain warna Unser yang selalu aku panggil van tu. Aku naik ofis gtau kakak yang call tu...

Kesinambungan Kisah Semalam...

Salam... Ingat tak pasal aku marah semalam? Macam puas hati jugak sebab aku dah tak payah nak kisah pasal alih2kan kete. Aku sampai2 je tadi, guard 2 orang tu tanya kete mana, aku jawab kat luar. Guard yang muda sikit tu *semalam dia la yang suh aku alihkan kete , siap kata senang sikit letak luar. What ever la... AKu dah tak kisah. Nampak macam dia perli aku kan? Aku tak kisahlah, malas nak amek kisah. Guard yang tua sikit tu kata kalau hujan macam mana pulak? Takpelah, bukan kete aku tu kete sport ke hape nak risau air masuk ke... Selama ni tak heran pun kalau ujan ke, panas ke... Bukan dia nak alihkan pun kalau tanya macam tu. Dan selama aku park dalam sekolah, bukan bawah bumbung pun. So kalau ujan atau panas terik, sama je... Dan bukan nak protes ke hape tapi cam malas la nak dengar orang kata suh alihkan kete, tak boleh park sini, kena park sana... Banyak jugak benda2 yang aku tatau selama ni. Aku ingat aku sebahagian dari sekolah ni... Oh, aku lupa diri... Aku ni kan bawah PIBG....

Apa Nak Jadi Ni?

Salam... Semalam dah karang satu entri tapi macam tak best je nak publish... Jadi hari ni aku nak karang yang baru. Straight to the point je, lebih mudah. *dan bukan hak aku untuk mengadili sesuatu perkara yang berlaku. jadi andai dibaca dengan maksud yang salah mungkin kamu anggap apa yang aku luahkan hanya hendak menyalahkan kejadian Yang Esa! Tujuan aku bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tapi lepas apa yang terjadi buatkan aku berfikir banyak kali. Satu masa dulu aku memang minat gile lah dengan Saujana * terus terang woooo! Even sampai sekarang masih suka dan minat. Walaupun diorang dah lama tak keluarkan album sendiri. Ditambah dengan kesibukkan masing2 ( 2 doktor, 1 jurutera ), harapan untuk berharap sangat tipis. Dan aku masih lagi terus meminati diorang. Apapun aku cuba ambil tahu pasal diorang la... Kalau dulu macam terlebih2 tapi sekarang sangat kurang malah kadang2 macam tatau pulak perkembangan terbaru diorang. Kalau tau pun dari laman web Saujana sendiri yang jara...

Geramnya...

Salam... Kejadian berlaku baru beberapa minit tadi. Nak nangis je aku dibuatnya... Tak besar halnya tapi sangat buat aku rasa terkesan... Mulanya macam ni, masa baru nak makan bergedil (tau kan apa tu?), ada sorang guard - muda sikit, datang dan suh aku alihkan kete. Act, sejak bulan lepas lagi, Puan Guru Besar dah suh aku alihkan kete yang aku selalu park sebelah kantin. Mungkin mengganggu students2 dia kot (budak2 ni semua suka berlari2)? Ok, aku angguk2 tanda faham dan takkan buat lagi. Lepas tu dalam awal bulan ni kot, guard yang cam tua sikit dari abah aku - Pak Yassin itulah... Dia suh alihkan kete - aku park kat sebelah tempat orang berteduh sambil tunggu anak2 habis kelas... Sebab lori sampah susah nak keluar masuk... Aku ok lagi... Lepas tu kejadian yang baru tadilah... Bukan aku tak boleh ditegur (biasanya tak boleh terima dengan cepat), tapi aku rasa bila aku ditegur, lepas tu dah banyak2 kali kena tegur, aku rasa macam aku sorang je yang park kete kat tempat2 yang dilarang...

Kita Semua Kan Geng!

Salam... Diam membawa selamat, sopan santun membawa kemuliaan, syukur dan ikhlas membawa tambahan. Hujung minggu yang macam biasa2 je... Cuma malamnya (Sabtu) ajak mak ngan adik2 (Ud ngan Fizi) layan Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula . Memula cam tak caya je aku ni betul2 ke nak ajak mak g layan wayang ni? Sebab aku kenal jugaklah mak tu macam mana...jarang nak tengok2 wayang ni. Last tengok wayang pun masa zaman2 kemahsyuran (hamboi2...) Jurrasic Park, Lost World ... Lama kan tak tengok wayang ngan mak? Tapi berjaya jugak ajak mak layan Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula! Ud dengan abah tak ikut. Ud sebab nak tengok bola pulak. Abah? Lagilah malas nak layan... Kata abah, bukan masa untuk dia layan wayang lagi sekarang. Ceh, berlagak betul statement... Huhuhu... Ajak jugak berkali2 tapi dia tetap takmo pegi gak sebab lagi best jumpa kawan2. Alamak, ter'kutuk' pulak... Siangnya aku call TGV S2 ... Tak angkat2 call aku. Lama jugak cuba sampai dah nak habis Asar ...

Nothing much to say... Just welcoming you to my page...

Salam... Kenapa yek aku bukak blog baru lagi? Ada banyak sebab dan ataranya ialah; i - WP kalo nak apdet kat sekolah agak lembab gila (lebih lambat dari kura2 yang menang bertanding siapa laju dengan arnab) ii - rasa cam best je guna blogger ni sebab boleh letak apa2pun yang kita suka (baru sedar ke?) iii - semua yang diatas...boleh? Dan bila aku kembali gunakan blogger ni rasa cam hape je padahal pernah guna sebelum ni... Sebab apa aku kata aku cam hape jek? Sebab aku dah tatau nak tukar template selain dari yang telah disediakan. Memula cuba jugak tapi tak habis baca arahan akhirnya tak jadi apa2pun... memang sengal gile la... Masa aku kat WP aku try tukarkan template blog Mak... still tak boleh. Nampak sangat aku seperti kacang lupakan kulit je... Tapi memang aku tatau macam mana nak masukkan template baru sampailah 'jumpa' kembali dengan anak mantan pengetua sekolah asrama dulu... Tq a lot Solehah, akhirnya akak tau jugak cane nak buat semua2 benda ni... Lepas tu tangan aku...