Skip to main content

Happy Teaching

Salam Ramadhan yang ke-9. Alhamdulillah.

Jadi macam mana puasa kita? Ada yang terpeleot sana sini tak? Kalau perempuan itu, saya faham...yang lain jangan mengelat pulaklah ye...

Harap dapat diteruskan sampai ke hujung Ramadhan 1436H ye.

Ok...untuk pengetahuan anda semua yang sudi tak sengaj menyinggah sini...dan mungkin ada yang dah sedia maklum...saya adalah seorang IT Instructor (tetiba lupa apa maksud Instructor...kepoyoan apakah ini?).

Tugas saya adalah mengajar menggunakan komputer. Pelajar saya adalah yang terdiri dari usia 4 tahun dan sehinggalah dewasa. Tapi setakat ni masih belum berpeluang mengajar yang dewasa.

Oh ye...tahun ini adalah tahun ke5 saya di Futurekids. Alhamdulillah...doakan saya terus diberi semangat...naik gaji pon lagi bagus. Haha.

Walaupun passion atau minat saya bukanlah pada bidang ini...entah macam mana Allah rezekikan saya masuk dalam bidang ini secara tak berapa nak rela.

Ok, bayangkan...selama hampir 5 tahun ini...saya masih tidak minat mengajar? Mengajar hanya kerana ikut arahan...that's it!

Cuba jugak minat tapi masih tak dapat that feel. Saya tahu saya minat pada IT sahaja. Tapi, saya masih juga teruskan kerjaya tak berapa nak rela ini.

Dan masih looking forward jika ada peluang2 lain di masa akan datang...insyaAllah.

Dan sebab tak suka mengajar, saya berimpian untuk membuka taska sendiri. Haha...bayangkan lagi, macam mana nak handle nanti?

Saya menyambung pengajian di bidang Awal Kanak-Kanak. Haaa, ada kaitan kan? Tapi, tidak hanya setakat mengajar, kan? Saya harap saya dapat gunakan ilmu yang ada sebaik mungkin. InsyaAllah. Doakan.

Jadi, adakah saya gembira dengan kerjaya saya ini? Rasanya 70% dalah Tidak. Saya boleh bantu, saya boleh ajar...saya boleh handle kelas hinggakan saya sudah mampu mendisiplinkan pelajar2 kecil saya di tadika dengan bantuan guru kelas dan mencuba aplikasikan cara rakan2 sekerja mendisiplinkan "anak2" tadika mereka.

Fuh...skema betul...

Sebolehnya saya cuba nak disiplinkan dengan cara saya. Mungkin saya kurang tegas atau terlalu garang...?

Tak tegas, anak2 buat tak tahu.
Garang sikit, anak2 menangis.
Belum lagi saya cuba untuk memeluk setiap kali saya denda mereka.
Tak mampu dan tak mahu berpura2 mungkin.

Saya rasa saya masih belum dapat sesuaikan diri dalam bidang ini. Belajar hanya untuk dapatkan sijil dan kerjaya yang lebih terjamin.

Dan yes...sejak tahun 2012 kira2 sebulan sebelum menunaikan umrah, saya telah berdaftar dengan Shaklee sebagai ahli biasa.

Sampai sekarang pon masih ahli biasa.
Dan saya masih berusaha untuk menaikkan pangkat saya kepada Supervisor dan hinggalah layak terima menjadi Master Coordinator satu masa nanti.

Ini juga berkaitan dengan mengajar...kan? Mampulah saya? InsyaAllah pasti boleh!

Jom YES bersama2 saaa sekarang.
Boleh dapat bonus mengancam dari Shaklee.

Hubungi saya, ahli berdaftar yang sah dengan Shaklee.
Hidayah MY
0182248938

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...