Skip to main content

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan

Salam...

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang menyatakan keinginan untuk menyusukan anak sendiri. Alhamdulillah... Aku sangat sokong perkara begini. Walau aku belum direzekikan dengan kelebihan ini. Satu Hari Nanti, insyaAllah...

Dan dalam masa yang sama jugak ada ibu2 yang sangat ingin susukan anak2 dorang tapi yang kasihannya dorang tak dapat langsung nak bagi susu kat anak2 dorang...

Orang cakap, ada beberapa sebab yang buatkan ianya menjadi satu kegagalan:

> Stres
> Penat
> Tak cukup amek supplemen

Itu cuma antara beberapa sebab...

Dan dibawah ini, saya kongsikan sedikit info dari artikel blog teman saya, kak Lyna Noh di My Super Kids >> The Power of A Common Mom

FAKTOR IBU:

  • Menghidap PCOS
  • Mempunyai masalah tiroid
  • Terlalu obes
  • Terlalu stress
  • Tidak mempunyai duktus susu (secara semulaladi atau selepas melalui pembedahan)
  • Pernah menjalani pembedahan payudara
  • Menghidapi hypoplastic breast (payudara yang tidak berkembang selepas baligh)
  • Mengambil ubat-ubatan berasaskan estrogen
  • Menghadapi masalah kecelaruan hormon
  • Tidak pandai melekap (latch) dengan betul
  • Mempunyai masalah tounge-tie
  • Terlalu lemah untuk menyusu
  • Mempunyai inverted nipple
  • Tidak mengeluarkan susu pada awal kelahiran
  • Puting buta
  • Bayi tidak mahu menghisap di payudara
  • Bayi yang tidak dapat menghidap dengan betul – mengalami masalah latching, etc.
  • Teknik mengepam yang tidak betul – tak kiralah berapa mahal atau hospital grade-nya sesebuah pam susu itu, teknik mengepam yang salah menjadikan susu ibu tidak dapat keluar dengan sempurna sekaligus mengosongkan payudara.
  • Ibu tidak mengalami let down – kemungkinan disebabkan kekurangan hormon oxytocin akibat stress. Kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak berada dalam keadaan stress : stress sebab sakit bersalin, stress dalam pantang, post-natal depression, stress mahu menyusukan bayi dan sebagainya.
  • Ibu tidak mengosongkan payudara dengan kerap – bayi tidur terlalu lama menyebabkan ibu membiarkan payudaranya tanpa rangsangan.
  1. Kenali masalah diri. Setiap yang terjadi pasti ada sebab musababnya. Mengetahui punca masalah memudahkan kita mencari penyelesaian. Misalnya ibu tidak dapat menyusukan anak kerana masalah stress, maka penyelesaiannya ialah ibu perlu lebih bertenang. Jika stress adalah kerana kekurangan B-Complex maka ibu harus mengambil makanan yang kaya dengan B-complex atau supplement. Jika ibu tidak dapat menyusu kerana tiada duktus susu, kemungkinan untuk ibu menyusukan bayi dengan susunya sendiri adalah amat tipis.
  1. Dapatkan sokongan daripada kumpulan sokongan susu ibu. Adalah lebih baik jika seseorang ibu mendapatkan khidmat nasihat dari Kaunselor Laktasi bertauliah, diikuti sokongan daripada rakan-rakan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Di dalam kumpulan ini biasanya terdapat ibu yang mengalami masalah seperti PCOS, tiroid, exclusive pumper, malah mempunyai masalah yang kita rasa tak logik untuk berjaya menyusukan anak.
  1. Kembali kepada Yang Maha Esa. Setiap kejadian pasti ada sebab musababnya. Apabila Allah menyuruh seseorang ibu menyusukan bayinya (disebut beberapa kali dalam al-Quran), namun apabila terdapat halangan, mengadulah kepada-Nya dengan seikhlas hati. Menyusukan anak bukan suatu ego yang mesti dipertahankan, malah menganggapnya satu ibadah dan lakukannya dengan rendah hati demi memberi makanan terbaik untuk bayi kita.
  1. Mendapatkan ibu susuan (jika mahu). Mengikut urutan, susu yang terbaik adalah susu ibu (direct feeding), diikuti susu ibu yang diperah dan susu ibu lain (ibu susuan).

FAKTOR BAYI:
IBU YANG MERASAKAN DIRINYA TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK TAPI SEBENARNYA BOLEH:
Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah di atas mempunyai penyelesaian, dan ramai ibu yang menghidapi PCOS, tiroid, malah hypoplastic breast berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, yakni susu mereka sendiri.
Malah kebanyakan ibu yang menghadapi masalah ini sebenarnya bukan bermasalah dari segi penghasilan, tetapi pengeluaran. Maksudnya ibu itu menghasilkan susu yang banyak, tetapi cara untuk mengeluarkan susu yang tidak berkesan, menyebabkan susu tidak dapat keluar banya, sekaligus ibu merasakan dirinya tidak cukup susu. Apa yang menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan efektif?
Apa yang perlu dibuat sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu?
Mengapakah seorang penggiat susu ibu terlalu positif bahawa semua ibu boleh menyusukan anaknya meskipun si ibu sendiri sudah melakukan macam-macam? Ini demi mengelakkan salah faham kepada ibu-ibu lain yang menghadapi masalah yang sama (rasa susu tak cukup/tak ada). Seorang penggiat susu ibu sebolehnya mahu membantu ibu-ibu bermasalah dalam penyusuan, agar dapat menyelesaikan masalahnya satu-persatu. Sekurang-kurangnya untuk anak yang seterusnya, sudah tahu apa yang patut dibuat. Misalnya jika anak sekarang tidak ada connection dengan sebarang kumpulan sokongan, di masa depan boleh berhubungan dengan mana2 kumpulan sokongan.
Ramai penggiat susu ibu asalnya adalah ibu yang bermasalah dalam penyusuan. Misalnya ada pakar laktasi yang hanya dapat menyusukan anaknya selepas 4 bulan dilahirkan, ada kaunselor laktasi yang tidak pernah direct feed anaknya, dan sebagainya.
Jadi, bina jalinan dengan mereka-mereka ini, sekurang-kurangnya boleh menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berazam dalam penyusuan ibu.

Menolak penyusuan badan

Apakah itu?
Bayi yang tidak mahu menyusu badan dan bukan berada dalam proses bercerai susu, dikatakan sedang melalui "mogok penyusuan badan". Ini adalah caranya bayi anda memberitahu yang dia mempunyai masalah tertentu. Anda perlu menyiasat untuk mengenal pasti apakah masalah ini.
 Apakah puncanya?

Terdapat beberapa sebab bayi anda menolak penyusuan dan yang paling biasa ialah: 

  1. Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika anda mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
  2. Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
  3. Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang anda keluarkan apabila dia menggigit buah dada anda.
  4. Bayi anda mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
  5. Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.
  6. Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.
  7. Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
  8. Anda terlalu kerap tidak mengindahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu.
  9. Rutin bayi anda telah terganggu sebab anda berpindah rumah atau anda kembali bekerja.
  10. Bayi berpisah dari anda untuk jangkamasa panjang yang luar biasa.

Antara sebab lain termasuk kesensitifan terhadap makanan atau kesensitifan terhadap susu badan atau alahan, atau kesensitifan terhadap krim atau produk wangi yang disapukan pada buah dada atau sekitarnya, atau mungkin telah berlaku perubahan dalam rasa susu anda. Perubahan ini boleh disebabkan oleh ubat, atau makanan tertentu, atau kedatangan haid atau mungkin anda telah hamil sekali lagi. 

Apakah yang saya boleh lakukan?

Mogok menyusu memang menyulitkan walaupun seorang ibu itu amat berdedikasi dalam menyusukan. Ia merupakan perkara yang sukar untuk diterima apatah lagi jika bayi telah menyusu secara baik untuk beberapa bulan. Kebanyakan ibu merasakan tidak mungkin timbul sebarang kesukaran setelah begitu lama. Sepanjang masa ibu mencari sebab-sebab mogok susu ini berlaku, ibu juga mungkin merasakan (walaupun ini tidak rasional) bahawa bayinya tidak mahukan dia lagi. 

Walaupun perlakuan bayi menolak susu badan merupakan pengalaman yang merisau dan mengecewakan, namun, perkara ini boleh diatasi dengan kesabaran dan kasih sayang dari anda. 

Semasa dan sambil anda mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini, adalah penting bagi anda memerah keluar susu anda dengan tangan atau pam setiap beberapa jam (sama kerap seperti bayi anda menyusu dulu). Ini akan membantu mencegah pembengkakan atau mastitis dan mengekalkan bekalan susu yang cukup. 

Berikut adalah beberapa cara untuk menangani masalah ini: 
Cuba berikan buah dada anda semasa bayi anda sedang tidur atau semasa dia paling mengantuk. Kebanyakan bayi yang menolak penyusuan badan apabila mereka berjaga akan mahu menyusu semasa mereka mengantuk.
  1. Susukan bayi anda sambil bergerak. Sesetengah bayi lebih suka menyusu apabila dibuai atau apabila dibawa berjalan berbanding disusukan semasa anda sedang duduk atau berdiri.
  2. Carilah bilik yang sunyi untuk menyusukan bayi. Selalunya, bayi yang berusia enam hingga sembilan bulan bertindak untuk mogok susu disebabkan dia amat terangsang untuk meneroka dunia yang baru dikenali. Bayi pada usia ini mudah mengalih perhatian kepada perkara lain dan selalunya lebih suka untuk "bersnek" di buah dada anda dan tidak mahu menyusu dengan sempurna. Gunakanlah bilik yang agak gelap, sunyi dan jauh daripada bunyi radio atau televisyen semasa menyusukan bayi anda.
  3. Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap (cuba menyusu tanpa memakai baju atau semasa memandikan bayi). Kain atau alat pendukung bayi boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan bayi semasa tidak menyusunya.
Memang normal bagi kebanyakan ibu menyangkakan bahawa bayi tidak mahu menyusu sebab dia mahu bercerai susu. Sebenarnya, tidak mungkin bayi yang berusia di bawah satu tahun yang terdahulunya menyusu dengan baik sudah mahu bercerai susu. 

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Bayi yang mogok susu badan akan mengganggu ketenteraman ibu, sama juga bayi anda. Cuba pastikan segalanya dalam rutin bayi anda kekal normal seperti biasa. Berikan dia perhatian lebih dan sentuhan fizikal. Jika anda merasa risau yang bayi anda tidak mendapat susu yang cukup, awasi kekerapan dia mengotori lampinnya. Sekiranya dia mengguna antara lima hingga enam lampin pakai buang sehari – atau enam hingga lapan lampin biasa – ini menunjukkan dia mendapat cecair yang secukupnya (lampin pakai buang senang menyerap, oleh itu anda mungkin tidak perasan setiap kali dia kencing). Jangan teragak-agak menghubungi doktor jika anda rasa risau. 

Adakah saya masih boleh menyusukan?

Sudah tentu. Adalah penting bagi anda untuk terus mencuba menyusukan bayi anda. Dengan kesabaran dan ketabahan, anda akan dapat menyusukan semula. 

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...

Stresnya Belum Kawen!

Salam... Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya... Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah... Bukan nak k...