Skip to main content

Cuti panjang...

Lama sebenarnya nak dapat apa yang aku dapat hari ni...
Walaupun hari-hari, setiap saat...
Mesti merintih mintak nak sama
Macam yang orang lain dapat.

Tapi, kadang aku lupa
Semua orang senang bukan tiba-tiba je
Ada naik dan turunnya
Ada susah dan senangnya...

Jadi, apa yang aku dapat hari ni pun
Mana tahu, mungkin ada yang nak macam kita?
So, setiap manusia punyai bahagian masing-masing...
Mungkin satu masa nanti
Ada rezeki, pasti Allah takdirkan juga untuk kita
InsyaAllah...

Dan sekarang ni satu je nak...
Nak rajin semula menulis!
Kembalikan kerajinanku...
Selalu nak rajin, tapi...
Harammm...
Hahaha...
Rindu masa dedulu
Rajin menulis...
Sampai sangkut kat kawan sendiri...
Lepas tu, aku teringgal dengan 'rasa' sendiri...
Aku je yang bijak sangat
Mudah nau nak suka orang...

Dah3...
Kita nak masuk 2014 dah
Dah akhir tahun 2013...
Aku masih dengan perangai
Suka lelaki...
Kadang melebih-lebih...
Sengaja muncul dan tonjolkan diri
Konon nak orang tu tau pulak...
Malu aih!

Tahun baru ni, buanglah rasa macam tu
Cik Dayah oi!
Malu3...
Lelaki tak suka hang la...
Hahaha...
Satu je aku ingat sebenarnya...
Nanti kat Syurga, aku akan ada orang yang sudi nak jadi
Pendamping aku!
Semua aku nak, pastikan dapat...
Walaupun ada jugak masanya
Aku rasa langsung tak layak ke Syurga...
Tapi, aku selalu yakin dengan itu...
Takpelah kat dunia aku mungkin tak punya
Keluarga kecil
Aku sendiri...
Allah tahu semuanya...
Tak sabarnya nak ada keluarga sendiri kat Syurga nanti...
Ameen...

Jom melangkah ke tahun baru 2014 dengan penuh kesyukuran...
Buang yang mana tak best...
Teruskan angan-angan...
Teruskan impian...
Moga satu masa nanti
Termakbul dengan izin Allah!

Tabarakallah... Maasha Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...