Skip to main content

Komunikasi Antara Kawan/Teman Lelaki & Wanita...

Salam...

Ingat lagi tak macam mana kita mula2 bercakap dengan orang? Kita yang mula dulu atau biar orang je cakap dulu? Ada rasa segan tak? Atau bila dah cakap sepatah dua kata, kita blur lepas tu kita senyap? Bosan kan macam tu? Kalau banyak cakap pon tapi yang mendengar takde respon terasa macam orang tu menyampah kot? Kenot2, mesti fikir yang +ve je...

Teringat dulu tiapkali jumpa orang baru (kawan2 baru yang sebaya, biasanya), mesti rasa takut2, malu2 nak kenalkan diri. Itu baru rakan2 sebaya n bila depan kelas lagi satu hal pulak. Kalau boleh tak nak kenalkan diri tapi dah cikgu suruh, ikutkan saja. Tak baik membantah kan.

Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, kecik2 dulu lagi aku berani. Masa tu tak tahu takut sangat. Cuma malu2 tu ada la. Biasalah nama pon budak. Dan sekarang ni dah sangat kurang malu bila nak tanya orang siapa nama dia instead dari tunggu je orang mulakan dulu+dah senyum2.

Itu baru dengan kawan2 perempuan biasanya. Tak tahulah kenapa perlu malu? Takut? Tapi dengan lelaki agak senang untuk mulakan sesuatu perbualan sebab diri diorang sendiri tidak malu...dalam konteks memulakan persahabatn n perkenalan. Cubalah test kat mana-mana lelaki iAllah benda yang sama berlaku melainkan kalau ada yang cuba menggatal (cakap gedik2, terpusing sana sini, belai2 rambut bagai), baru nak bersuara lelaki pon cabut...tapi kalau lelaki tu suka, itu lain cerita.

Sekarang aku cuba untuk mesra secara tidak berlebihan agar tidak mengundang persepsi yang tidak baik. Hati manusia, siapalah tahu. Senyum saja pun dah cukup sebenarnya tapi kalau dah tiapkali bertembung, lebih baik ucap sesuatu agar kita tak rasa kosong je. Sekadar bagi salam pon ok dah tu. Sama2 dapat pahala, iAllah.

Sebenarnya aku sedang cuba untuk belajar bagaimana mahu memulakan sesuatu perbualan dengan orang yang lain jantina dengan aku. Dah tentu insan itu seorang lelaki. Entah kenapa rasa malu itu terlalu menebal dalam diri sekarang ni. Pelik jugak. Sepatutnya dikurniakan adik2 lelaki semuanya, aku lebih tahu bagaimana nak menanganinya tapi tidak. Tak tahu kenapa ye? Mungkin sebab tak rapat sangat kot sejak kecik n sekarang ni pon baru nak mula rapat2 sikit. Itupun kebanyakkanya cerita apa2 pun mesti yang ada kaitan je.

Aku dah pernah cuba mulakan tapi end up aku rasa lemas sebab takde respon seperti yang diharapkan. Lagipon aku tak tahu nak tanya apa dah. Agak2 kalau diajak berbual mesti orang bosan dengan aku sebab senyap je. Tapi kaalu dengan kawan2 perempuan memang aku agak talkative bila aku dah kenal akwan2 dan diorang boleh get along dengan aku. Kena teongok rentak orang tu macam mana dulu. Sebab kalau main terjah je, orang benci walaupun itu memang semulajadi cara kita. Tapi tak salah kan kalau kita tahu membataskan cara kita? Kalau orang dah biasa gurau cara kasar pun, tak semestinya semua orang boleh terima. Entah2 dalam gurau2 seharian tu ada yang kecil hati tapi tidak diketahui...

Bila berbual2 dengan kawan2...ada yang kata, lupakan jelah orang yang diharap2kan tu. Tak pun ada jugak yang suruh cuba cara lain. Nak call? Takpelah kot...aku bukan reti nak call lelaki melainkan diorang tu ada hubungan darah dengan aku. Hahaha... Taklah, kawan2 lelaki pon mana aku pernah call kalau tak perlu melainkan diorang je call itu pon dah lama dulu. Sekarang masing2 menghilangkan diri.

Jadi, kesimpulannya sekarang, apakah cara yang terbaik untuk memulakan perbualan dengan orang yang kita baru nak kenal? Terutama sekali lelaki. Ada juga perempuan yang kita kena tengok dulu macam mana dia sampai kita rasa selesa untuk borak baru kita teruskan... Bosan kan kalau nak bertanya2 hal2 kerja kat diorang? Dahlah seharian menghadap keje, lepas tu orang ajak borak tanya lagi hal kat tempat keje. Tapi apakah topik yang sesuai nak dibualkan? Kira2 macam nak memenangi hati pihak lawan n mana tahu boleh cari jodoh dengan cara tu kan? Berangan je aku ni...tak2 misi mencari keje mesti diteruskan juga, tak kira apapon jadi...iAllah (maaf, tiba2 masuk hal lain pulak)

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Comments

tunbegia said…
salamm pkenalan,
HidayahYassin said…
salam perkenalan kembali...
Anonymous said…
salam buat dik
HidayahYassin said…
salam buat anda juga...

Popular posts from this blog

Ajip!

You're 22nd!

Gembira...

Salam... Suka sebab tak payah bawak kete g keje lagi. Dah tak perlu rasa nak park2 kete lagi... Abah dah bawak kete g KL... Dulu2 masa baru2 nak keje kalo abah nak bawak kete g KL, aku jadi cam hilang punca...hahaha... Sekarang tak lagi. Nak2 sekarang ni aku memang malas nak parking kete masuk dalam sekolah lagi. Bosan, capek, penat, rimas, lemas... Kira ok la tu kan? Aku sempat pesan kat mak, kot2 nak hantarkan hari2 pun bagus gak sebab tak payah aku nak bawak2 kete dah. Kalo mak suh bawak Unser dia, aku malas lah sebab sekarang ni ada kursus apa tah kat dewan so, banyak kete yang park kat luar tu... So, baik mak hantar ngan amek je sekalian dia ke kolej... futnot: semalam aku agak pelik kenapa pekerj2 booth makanan kat TS ni tiba2 bawak hp memasing kat arah belakang aku? pastu siap menjerit2 pulak... rupa2nya ada bintang sinetron 'Anakku Bukan An a kku' datang n lalu kat kawasan tu... takut diserbu ke? aku , Zila , Nurul ngan Asmah 'bertekak' kejap kata pelakon tu...

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...