Skip to main content

Jangan Terlalu Cepat Menghukum...

Salam...

Kebelakangan ni banyak khabar2 angin yang kita dengar tentang ramai orang... Nama pun khabar angin, tak tentu lagi betul atau tidak. Tapi pada saya (tukar ganti nama diri ikut mood...), kalau dah terbukti dan disokong dengan orang2 yang ada kena-mengena dengan ini cerita...agak boleh dipercayailah... Nampak macam masih ragu2 kan?

Tapi kebanyakkan dari kita lebih cepat dan mudah percaya pada apa yang kita nampak, yang kita dengar tanpa mahu bertanya terus kepada empunya diri. Mungkin ada yang fikir, kalau tanya pun belum tentu nak mengaku dia begitu n begini. Tapi kalau tak tanya, kita pun takkan tahu hal yang sebenarnya kan? Dan apa yang saya tengok dalam drama, filem (pengaruh kuat betul...haha!) macam menunjukkan yang kalau orang tu kita rasa dia memang salah tapi bila tanya tak pernah mengaku pun...bila dah kena tangkap (diperangkap secara sengaja atau tidak) baru nak menyesal n mengaku tapi ada jugak tu masih degil taknak kata ya, itu salah dia...

Sama jugak dengan dunia realiti. Kita tak tahu n tak nampak siapa yang betul n siapa yang salah. Kadang tu muka baik gile suci je depan kita tapi bila akhirnya barulah kita kata, ruoanya selama ni dia begitu begini orangnya? Dan kita pun menyesal sebab kenal dengan orang macam tu. Tapi dari sisi +ve, bagus jugak berkenalan dengan manusia2 yang begini supaya di masa hadapan kita tak terkejut dan tahu macam mana nak atasi hal2 yang begini. Sebaliknya pula dengan orang yang muka tak bape nak semenggah (Astaghfirullah...) lepas tu kita tak cuba nak kenal dia, baik2 dengan dia pun. Bila tahu dia tu baik orangnya...kita menyesal jugak... Hidup ni macam roda kan?

Sejak dulu saya terfikir dan sampai sekarang pun masih jugak fikir kenapa semua ni boleh jadi? Dan apa yang saya rasa ni betul (harapnya) bilamana apa yang kita buat tak semestinya orang suka. Nak puaskan hati semua orang, mampu ke kita? Sedangkan Nabi Junjungan kita pun dalam menyebarkan Islam, ada ke yang terus2 suka? Macam2 cacian n makian yang Baginda terima tapi itu semua dugaan dan ujian. Kata orang, Nak Jadi Baik Memang Banyak Cabarannya! Dan Allah takkan menguji hamba2Nya lebih dari kemampuan kita semua. Sebab Dia tahu kita mampu hadapi, tu sebab Dia bagi kita ujian yang sedemikian rupa.

Dan kita sebagai manusia, janganlah terlalu mudah menuding jari pada orang. Pesan Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, "Apapun yang terjadi bermula dengan diri kita sendiri"... Dan sejak kali pertama dengar 'quote' dari Dato', saya cuba sedaya yang mungkin untuk tidak terlalu mudah menyalahkan orang lain. Benar atau tidak, kita cuma fikir dan fikir. Dulu saya selalu kata tak semua benda perlukan sebab tapi sebenarnya kalau takde sebab takkan benda2 ni boleh jadi kan? So, saya akui kesilapan saya tu...

Kita selalu cuba nak jadi yang terbaik dengan harapan kita takkan dikritik sesuka hati sedangkan kita hanya manusia biasa yang lemah dan tak sempurna mana mungkin kita boleh nak mengatur hidup ini tanpa ada cacat dan celanya kan?

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Comments

Syima Syaz said…
ambik segala dugaan tu utk menguatkan lagi diri..berazam utk memajukan diri adalah lebih baik dari berazam utk menghancurkan orang.

aku tak kisah langsung apa org nak kritik,silakan. kalau balas, sampai kiamat tak habis atau hati kita jadi lebih sakit.diam adalah jln terbaik.insyaallah 1 hari dapatlah ganjaran.sabar tu kan separuh dari iman!
HidayahYassin said…
pengalaman adalah cikgu yang terbaik. kalau nak semua benda jadi smooth dan baik je, tak adventure hidup...

bagus kalau selalu fikir macam tu...dans etiap manusia beruntung bila diuji...
Aidi-Safuan said…
well,people see what they want to see. :)
HidayahYassin said…
Aidi-Safuan - itu benar...tapi persepsi manusia ni kan lain2...apa yg dia nampak itu yg dia percaya...kan?
aisyah rum said…
Tak ada yang sempurna di dunia ini..tetaplah slalu bersemangat dalam menghadapi segalanya..berfikir positif itu yang terbaik....
HidayahYassin said…
aisyah rum - terima kasih datang sini...iAllah akak ingat pesan kamu...

Popular posts from this blog

Mak!

Y ou're 55th!

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Kalau sakit hati, nak buat macam mana?

Salam... Bila dah lama  tak membelog, inilah padahnya... Asyiklah nak mulakan benda yang sama. Bosan, tahu? Sebab dah bosan la yang update belog yang dah lama tinggal ni... Antara sebab2 tak update belog? Mengada2 tak ikut masa dengan betul... Depan laptop je dah berjam2 lamanya tapi baru ni nak mula tulis... Buang masa is my favorite sampai bebila (kot?)... Tolonglah wahai diri sendiri hoi!!! Bila nak sedar diri entah agaknya ni? Menyesal je lebih, tapi tak improve pape pon? Ye, saya sedang cuba mulakan ni...doakan saya yeah? *tetiba dah jadi A BIG FAN of Ustaz Don Daniyal Don Biyajid* Banyak dah sangkut bila nak update belog ni... Dan banyak jugak draf yang tak berusik2 lagi tu... Ya ampun!!! Menyesal (lagi)... Susun jadual hidup bagi elok sikit la ye... Nota Kecil - lepas ni nak betul2 buat n update...insyaAllah!