Skip to main content

Posts

Small Gathering @ KLCC!!!

Salam... Apa perasan korang bila dapat jumpa semula kawan2 lama lepas dah 10-11 tahun tak jumpa? Best kan? Sampai tak tahu nak cakap macam mana dah... At last dapat jugak bertemu kawan2 di alam persekolahan yang terlalu banyak memori. Dari masuk sekolah tu, kenal2, tak suka itu ini sampailah nak berpisah semua pun sedih2an...sangat banyak kesannya... Rasanya tak perlu cite banyak kot? Kata orang gambar akan menceritakan segala (asal update...ok la kan). So, letak gambar je la... Layannnnnnnnnnnnnn! The Siblings...(adik2 angkat) Menghadap yang paling besar...den tak tau den kono pandang mano bonar eh?

Hot FM Cinta Hangat Dihangatkan oleh Wall's Cornetto...

Salam... Tergamam...terdiam...tak tahu nak kata apa2 mulanya. Lepas je kawan call, phone pun bunyi - lagu Upin&Ipin...haha. Angkat phone (mula tengok nombor KL, sape pulak call malam2 kan? Dah le time tu 11.24 pm pulak)... Jawab call, dengar suara perempuan "Saya Anne dari HotFm ...bla...bla...bla...!", tak ingat sangat butir2 percakapakn dari mula. Sampai dalam bilik sambung cakap lagi then dia bagi la chance untuk luahkan pada orang yang kita suka tu... Sebab dah terlampau teruja sangat...cakap apa yang Anne tu cakap, dia tanya aku jawab. Ok, aku menang RM200+baucer tiket wayang... Alhamdulillah. Bila ingat2 balik, ini je peluang yang ada pun tapi dah malas nak rasa menyesal sebab tak tahu nak cakap apa2 sebab macamlah dia dengar pun kan? Lagipun aku tak sebut nama (walau Anne dah suh sebut)...dapatlah dengar balik suara aku on air yang kelakar tu. Memang kalau buat rakaman suara kat radio macam masa kecik2 dulu aku paling tak suka dengar balik suara aku...buruk ...

Inilah Cinta

Salam... Terpegun ku melihat kamu Bergetar hatiku memandang mu Dan terus datang mencuba Adakah khayalku menjadi nyata Oh resah hati gelisah Ku takut tak diterima Rupanya kau juga sama Seperti aku merasa cinta Chorus Mungkin inikah yang dinamakan cinta Hati gembira rasa bila kau kata cinta Siang yang suram kini menjadi ceria Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia Oh resah hati gelisah Ku takut tak diterima Rupanya kau juga sama Seperti aku yang merasakan cinta Ulang Chorus Sungguh susahnya aku mendekati mu Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku Rasa bahagia bila kau menerimaku Indah semuanya hilang semua resahku Kita berdua kini menjalin cinta Inilah cinta kita Akhirnya kini menjadi bahagia Inilah cintaku Inilah sayangku Inilah cinta Apakah benar apa yang aku ekspresikan ini adalah sesuatu yang aku rasa kala ini? Kalau aku sendiri, aku yakin benar sebab hanya aku yang tahu diri aku selain DIA. Tapi risau jugak kalau2 orang kata ak...

Hanya Dia...

Salam... By : Kris Dayanti & Siti Nurhaliza   Ku cintainya karena cara dia Sungguh berbeda dari yang tlah ku jumpa Renungan dia tulus merasuk jiwa Hingga terasa terus ke hati Ku cintainya kerana kesungguhannya Bukannya kata-kata semata-mata Perwatakannya mengatakan segalanya Buatku percayakan janjinya Ku akui aku menggilainya Ku akui aku menyintainya Kisahku kisah dia cerita yang sama Setiap detik…. hanya dia.. Ku akui aku mengaguminya Ku akui aku menyayanginya Sungguhnya ku akui ku perlukan dia Segalanya ku serah.. kepada…dia Cintai dia bersama mimpi-mimpinya Cintai dia juga segala caranya Cintai dia bersama keanehannya Cintai dia…. hanya.. dia Ku akui aku menggilainya Ku akui aku mencintainya Kisahku kisah dia… cerita yang sama Setiap detik hanya…. dia Ku akui aku mengaguminya (mengagumi dia) Ku akui aku menyayangi dia Sungguhnya ku akui ku perlukan dia (perlukan dia) Segala ku serah kepada… dia Dia….. Ku akui kucintanya Kisahku kisah...

Dah Jauh Baru Terasa!

Salam... Orang dalam cerita ni belah kanan bawah dan dia adalah Juara Mata Sepet... Pagi2 terjaga dari tidur, adik yang ke3 jauh nun di sana call. Lama aku borak dengan dia dari mula sampai akhir. Tengah2 mak sambung. Aku ni mood kadang2 swing. Datang bengang, cakap pun aku malas. Tapi tadi, alhamdulillah aku berjaya untuk tak rasa bengang atau apa2... Ok, adik ke3 aku tu demam dan katanya sebab perubahan cuaca... Kalau dia tak call atau sms memang tak tahu apa cite dia kat sana. banyak jugak boraknya memandangkan dah lama dia tak call. Bila dia call waktu dia pagi kat sana, kitorang kat sini baru Maghrib. Dan tadi, waktu dia call kat sana 12 am, sini 6 am...beza 6 jam... Dah dekat2 nak habis borak, dia tanya, "Kak, ko taknak ke taknya aku sihat tak?".... "Aku tak payah tanya pun, ko dah bagitau ko demam tadi kan?". "Hahaha..."... IAllah tahun ni kalau ada rezeki dan masih panjang jodoh, dia balik dan dapat raya sekali macam 2 tahun lepas. Lepas...

Careless... Again!

Salam... Untuk kesekian kalinya, aku lupa nak bawak duit ke sekolah. Anyway, thanks to kakak2 yang concern...malu ai...ahai! Bukan takmo ngadu kat kakak2 tapi seganlah kan. So, ngadu kat FB jelah yang termampu... Lucky me, dari pagi sampai waktu balik boleh bertahan untuk tidak jamah makanan langsung. Bayangkan, pagi2 dah membuang...mesti gile punya lapar kan? Sehari dok dalam bilik server yang sejuk sangat, lagi tambah2 laparnya. Nasib air ada, haus je teguk... Balik tu amek kak Alya, tukar duit lepas tu melantak kitorang kat Pizza Hut. Tak pernah lagi makan berdua kat sana...alhamdulillah. Cepat kenyang sebab separuh hari tak makan... Hari ni, aku dah sarapan...bila makan banyak sikit mesti cepat lapar tau...malas betul kalau part ni...huhuhu....harap tak careless lagi dah. Purse bawak, duit takdo? Apo cito? Doakan dapat sambung belajar. Course dah pilih...semoga semuanya berjalan lancar. Dah banyak sangat peluang yang aku dapat aku tak guna sebaiknya...menyesal tapi...takmo ...

Komunikasi Antara Kawan/Teman Lelaki & Wanita...

Salam... Ingat lagi tak macam mana kita mula2 bercakap dengan orang? Kita yang mula dulu atau biar orang je cakap dulu? Ada rasa segan tak? Atau bila dah cakap sepatah dua kata, kita blur lepas tu kita senyap? Bosan kan macam tu? Kalau banyak cakap pon tapi yang mendengar takde respon terasa macam orang tu menyampah kot? Kenot2, mesti fikir yang +ve je... Teringat dulu tiapkali jumpa orang baru (kawan2 baru yang sebaya, biasanya), mesti rasa takut2, malu2 nak kenalkan diri. Itu baru rakan2 sebaya n bila depan kelas lagi satu hal pulak. Kalau boleh tak nak kenalkan diri tapi dah cikgu suruh, ikutkan saja. Tak baik membantah kan. Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, kecik2 dulu lagi aku berani. Masa tu tak tahu takut sangat. Cuma malu2 tu ada la. Biasalah nama pon budak. Dan sekarang ni dah sangat kurang malu bila nak tanya orang siapa nama dia instead dari tunggu je orang mulakan dulu+dah senyum2. Itu baru dengan kawan2 perempuan biasanya. Tak tahulah kenapa perlu malu? Takut...