Skip to main content

Malam Gala Girlfriend Kontrak.

Gara2 dapat tiket free dari kawan kerja...semangat saja kami memeriahkan suasana.
Havoc masa kat Malam Gala Girlfriend Kontrak Selasa lepas (22/9/15) yang bertempat di Cathay Cineplex, ECurve.
Apa je yang ada?
Tentulah backdrop yang dibuat khas untuk semua yang menggilai saat2 bergambar. Hua3.
Retis2 ramai jugak yang ada (pelakon tentulah ada).
Banyak benda tak dapat nak buat sebab sibuk cari makan (padahal dah sediakan makan pon...), sibuk jalan sana sini bagai...
Dan review untuk filem baru ini ialah...
Alisa, seorang gadis berasal dari kamping yang juga digelar Puteri Kelip2 Abah oleh abahnya kerana Alisa adalah seorang yang sangat mencintai alam dan selalu naik sampan memalam seorang diri bercakap dengan kelip2 (kata adik bongsunya). Alisa ada seorang adik perempuan yang selalu merendah2kan kakaknya. Suka bagi kata2 negatif dan suka permainkan kakaknya.
Satu hari, Alisa dan keluarga didatangi seorang lelaki yang berhajat untuk meminang Alisa tetapi disebabkan oleh adiknya sendiri, maka telah menyebabkan lelaki tersebut memilih adiknya sebagai isterinya.
Dan selepas terbaca kisah seorang lelaki iaitu Umar Aziz di Kuala Lumpur yang telah dituduh sebagai pembunuh kelip2 di dalam sebuah akhbar telah menyebabkan Alisa tekad untuk ke KL dengan niat untuk membantu menyelamatkan kelip2.
Tapi, berjayakah Alisa (Nur Risteena)? Siapa pula Umar Aziz ni?
Banyak kisah lucu yang berlaku sepanjang filem ini ditayangkan. Dengan Keith Foo (Umar Aziz) yang selalu cakap Tamil dengan Haris/Harith (Azad Jazmin). Memacam lagilah kekecohan yang terjadi. Selalunya kita tengok Bront Palarae jadi hero kan? Kalini watak jahat tapi sangatlah komedi.
Thumbs up, Virginia Kennedy!!! Dialah yang mengarah filem ni. Siap ada rehearsal sebulan sebelum penggambaran katanya.
So...pegilqh penuhkan pawagam berdekatan dan hashtag (#) GirlfriendKontrak banyak2. Hashtag pelakon2 jugak...
Kami tak dan amek banyok gambaq...
Layan jom...

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...