Skip to main content

Adab vs Adat

Dia masuk rumah.
Dan seperti biasa, dia akan nampak lelaki itu.
Posisi sama.
Aktiviti sama.

Kegemaran lelaki itu menonton berita semasa.

Tiada bunyi selain dari suara televisyen.
Tiada sapaan juga dari lelaki itu.
Khusyuk menonton berita, agaknya di dalam hati.

Dia terus masuk ke biliknya dan bersiap untuk mandi dan solat Maghrib.
Sekali lagi dia melihat lelaki itu semasa dia  melintasi ruang tamu.

Dari posisi baring, lelaki itu bingkas bangun.

Itulah lelaki yang dia kenal.
Terlalu menjaga adab dia sebagai lelaki yang menumpang di rumah keluarganya.
Belum pernah sekalipun dia lihat lelaki itu  tidak menjaga adabnya.

Malu juga dia bila lelaki itu lebih sopan darinya.
Solat tak pernah tinggal.
Lambat macam mana sekalipun tiba di rumah, pasti lelaki itu terus tunaikan kewajipan dia sebagai seorang Muslim.

Pernah terjadi, dia sedang mengikat suratkhabar menggunakan tali rafia.
Lelaki itu tiba-tiba datang menghulurkan bantuan.
Lelaki itu membantu dia memotong tali berlebihan selepas diikat.

Dan kulit tangan mereka bertemu.
Sedikit dan sekejap.
Terus lelaki itu larikan tangannya.

Macam kilat, aksinya.

Terdetik dalam hati.
Uish...takutnya aku.
Takut lagi sepatutnya kita pada Allah.
Walaupun tak sengaja.

Bertuahnya siapa yang dapat bersuamikan lelaki taat dan baik sepertinya.
Tegas, sempurna agamanya, baik keturunannya, cukup ilmu agamanya, sopan santun lakunya, tenang orangnya, baik hatinya, luhur budinya...dan kecerdikannya juga menjadi contoh untuk dirinya.

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...