Skip to main content

Terluka

Sedang dia baring di ruang tamu, dia berpaling melihat lelaki yang duduk di kerusi meja makan.

Dan dia cuma menjeling sepintas lalu apa yang sedang dilakukan lelaki tersebut.

Kemudian, dia cuma menonton televisyen kembali yang terpampang di hadapannya drama kegemarannya.

Tiba-tiba, dia menoleh kembali melihat lelaki itu. Dilihat, lelaki tersebut sedang mengusik-usik buku lalinya. Sekali tengok seperti tiada apa.

Dan kali ini dia melihat dengan teliti. Sesekali lelaki itu bangun dan menuju ke dapur. Keluar dari dapur, kelihatan tangannya memegang beberapa helai kertas tisu.

Barulah dia tahu, rupanya kaki lelaki itu berdarah.
Tak banyak tapi tidak juga berhenti-henti walau dah dilap berkali-kali.

Akhirnya, dia mengalah dan mengambil kotak kecemasan yang sentiasa tersedia di atas meja sebelah televisyen dan diletakkan di atas meja makan.

Belum sempat tangan lelaki itu menyentuh kotak tersebut, pantas tangannya menepis tangan lelaki itu.

"Tangan tu gatal sangat kenapa?", soal dia.

Tiada jawapan.

Sambil dia menyapu ubat menggunakan kapas, sambil dia mengomel. Tetapi tetap tiada juga sebarang jawapan yang dia dengar dari lelaki itu.

Sekali lagi lelaki itu hendak menyentuh kotak kecemasan itu. Dan sekali lagi tangannya laju menepis.

"Sakit tak?", soalnya lagi.

Lelaki itu menggeleng.
Masih tiada jawapan.

"Awak ni kenapa? Dah tanya sepatah pun tak jawab"
"Hmmm. Tadi ada kulit lebih kat kaki. Lepas ambil ketip kuku, ketip kulit yang lebih tu. Keluar darah langsung tak berhenti"

Dia cuma mendengar sambil tangannya laju menampal plaster di kaki lelaki itu.

Lelaki itu, suaminya dunia akhirat.
Teman lelaki halalnya yang dia doakan depan Kaabah dulu.
Lelaki itu jugalah lelaki yang selalu ada bila dia perlu.
Lelaki itulah teman baiknya yang dia kenal dari pertemuan keluarga mereka.

Allah satukan dia berdua akhirnya walau terlalu banyak rintangan yang terpaksa dihadapi mereka.

Alhamdulillah...

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...