Skip to main content

Mencari HIDAYAH

Hidayah itu kalau secara asasnya, bermaksud - Petunjuk. Dan telah Allah takdirkan, aku dipilih untuk diberikan nama oleh emak tersayang sebagai HIDAYAH. Tapi, pasti dan yakin yang emak mahukan lebih dari itu. Bukan hanya nama semata-mata.

Tapi, bukan semua orang itu lahirnya walaupun sebagai Muslim...tiada dugaan, tiada cabaran. Maksud aku, membawa nama itu sendiri. Dah umur remaja, baru aku faham maksud nama aku. Tapi, itu hanya sekadar faham je, belum nak aplikasikan lagi apa yang sepatutnya.

Pada aku, mungkin aku pernah diberi Petunjuk itu masa baru nak masuk Tingkatan 2 tapi hanya berubah kepada memakai tudung sepenuhnya bila keluar rumah... Tapi, kalau ikutkan yang wajibnya...aku masih tak memenuhi tuntutan tersebut. Maaf andai tulisan kali ini seperti membuka pekung di dada tapi inilah hakikatnya. Sampai sekarang, pakai tudung cuma keluar rumah (berjalan-jalan), keluar dari rumah untuk buang sampah...langsung tak tutup kepala...semua tu aku tak hiraukan langsung.

Dalam hati je kata ye, aku nak berubah! Buatnya tak pun... Tak tahulah kenapa keras sangat hati ni. Dari hari ke hari cakap n niat nak buat, sampai sekarang masih macam ni... Selalu ikut rasa nak buat baru uat, kalau tak...harammmm!!! Tapi hari2 aku doa Allah kuatkan hati aku, teguhkan iman (sikit sangat iman yang ada ni)... Aku nak istiqomah!!! Supaya aku ingat yang aku ni Muslimah... Takut nak buat sebarang dosa...

Nak2 bila ramai sangat keliling aku (selebriti) yang berubah kepada yang lebih baik...aku gerun! Aku doa hari2 moga Allah bagi aku Petunjuk a.k.a HIDAYAH. Semoga doa aku dimakbulkan. Bukan hanya menanti HIDAYAH tapi usaha supaya ada HIDAYAH dalam diri... Supaya tak tersasar jauh dari landasan Allah...

p/s: moga-moga dengan harapan dan doa, aku MAMPU berubah menjadi yang lebih baik!

Comments

huda said…
Kak, yg selalu kena ada dgn hidayah is taufik. Without taufik, we have no strength to follow the hidayah. Sbb tu kita kena sll minta taufik+hidayah from Allah.
HidayahYassin said…
oh ye...lupa pulak part tu...
thanks dik...

<3 u...

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...