Skip to main content

Pesona Cinta…

Salam…

Rindu kat blog…rindu zaman aktif tulis blog…rindu nak terus tulis kat blog walaupun selama ni hanya merapu dan merapan bagai… Tak kisahlah apa nak tulis pun kan, asal puas dengan apa ditulis tapi jangan sampai menyentuh sensitiviti manusia, udoh le ye…

Baru je lepas dengar rakaman kaset yang abah dan pindah dalam cd… rakaman lama yang dibuat masa kecik2 dulu. Kata orang, memory remains! Yes, it is…rindunyalah hai waktu tu. Masa itulah gaduh, masa itulah jugak baik… Adik-beradik macam mana pun hubungannya macam air, cincang macam mana pun tetap takkan putus, iAllah…

Apa ada dalam kaset tu? Suara kami adik-beradik 5 orang…tapi tak pastilah ade kelima2 sekali atau 4 je. Nama pun kecik lagi so, memang lupa jugaklah. Ade suara kami berebut2 nak rakam suara, baca beritalah…berceritalah. Akhirnya, suara mak marah kitorang sebab curi2 amek kaset abah. Masa tu kalau tak salah, abah outstation tatau negara mana… Tapi sejak kecik lagi, saya sudah terbiasa dengan keadaan abah jarang ada dengan kami semua. Sebab? Tuntutan kerja…

Tapi semua tu dulu…dan bila dapat dengar semula rakaman suara tu, ya Allah! Rasa gembira+teruja+terharu dan seronoknya. Comelnya kedengaran sambil membayangkan wajah2 adik2 yang masih comel masa tu (sekarang hensem, kot?). Paling saya tak boleh lupakan, adik ke4 n paling bongsu sebab saya suka layan dorang masa kecik2 dulu.

Siap suapkan susu pekat yang dicampur air kat dorang. Yang ke2 n ke3 kira macam membesar sama2 so tak rasa peluang yang macam dengan adik ke4 n bongsu. Paling saya suka buat, cium pipi adik paling kecik kuat2 sebab geram yang teramat sangat. Dah la masa tu tembamnya ya Tuhanku… Siapa yang tak geram? Rasa nak gigit2 je.

Saya harap saya masih dapat peluk cium adik2 saya walaupun bila kita tua nanti…itupun kalau Allah izinkan saya rasai nikmat hidup di dunia ni lagi. Sekarang bukan tak mahu tapi malu. Saya tahu adik2 saya akan rasa segan kalau saya peluk cium dorang. Tapi saya dah berazam (iAllah dengan izinNya), saya nak peluk cium adik ke2 masa dia kawen nanti. Tapi saya tatau sama ada saya kuat atau tak untuk buat semua ini. Sama ada saya akan menangis gembira atau tertawa malu…

Itulah caranya saya dapat nyatakan yang saya kakak satu2nya yang dia ada, sangat sayangkan dia sampai bila2 pun…dan saya harap dia dan adik2 yang lain juga begitu. Kalau dia bacalah entri saya yang ini, sila siap sedia wahai adik2 ku ye?

*Entri ni saya taip dah seminggu n baru2 ni je nak upload jugak walau macam mana sekalipun. Esok exam lagi untuk 2nd paper…rasa macam senang hati je dah nak masuk 2nd paper ni…apakah?*

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...