Skip to main content

Hati Seorang Wanita!

NEGARA

Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak



TUMI di Seri Kembangan, Serdang semalam.



SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.
Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.
Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.
Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

===================================================================

Salam...

Kenyataan kehidupan yang mahu tak mahu kita tetap kena hadapi dan lalui. Kesian sebenarnya bila baca kisah makcik ni. Kata orang setiap yang kita lakukan walau sebesar zarah sekalipun pastikan ada balasan, tak kiralah di dunia atau di akhirat nanti. Aku selalu rasa akulah yang paling jahat sekali (berkali2 jugak sebenarnya...hahaha) dalam keluarga. Sebab mak suruh apapun asek kata, kejaplah... nantilah... malaslah... semua tu kira tak heran lagi kalau aku cakap. Asal mak cakap je, ada saja jawapannya yang berjela2 (no wonder kalau aku cakap apa2 sekarang ni ada je orang lain yang suka menjawab...balasan tu...).

Kadang2 aku fikir, apa silapnya makcik ni, salahnya makcik ni masa dulu? Apakah dulu2 dia dan orang2 lain juga ibu2 kita ada buat benda yang sama kita buat sekarang dan mereka hadapi hal yang sama sekarang? Ada jugak yang kata, dosa kita semua yang dulu bukan penyebab kepada apa yang kita dapat hari ni. Kamu percaya KARMA? Mulanya aku sendiri keliru dengan KARMA tapi akhirnya aku rasa ada benarnya... What Goes Around Comes Around...

Yang penting kita kena sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara supaya apa yang tak baik nanti tak jadikan kita menyesal sebab kita buat itu dan ini. Allah tak suka orang yang menyesal... Harap2 kita semua dapat muhasabah diri dan ingat selalu apa yang tak baik kita buat hari ini, esok lusa (atau mungkin sekarang juga) akan dapat balasannya...

Semoga apa yang kita lakukan hari ini lebih baik dari semalam dan hanya kerana DIA...

Comments

Kak aNIe said…
Dunia ini sentiasa berputar...sekejap saja nanti kita akan terima balasannya ..lebih2 lagi bila itu yang kita lakukan pada orang yang melahirkan kita...betapa hancur hati ibu tersebut hanya ALLAH yang tahu...

Semoga si anak cepat bertaubat dan meminta maaf..
HidayahYassin said…
harap2 kita dielakkan dari musibah yang begini...apapun yg kita buat kita kena ingat apa akan jadi akan datang... ;'(
Syima Syaz said…
tak kira apa salahnya ibu bapa...sebagai anak,tugas kita adalah menjaga mak dan ayah bila kita tua nanti.itu kan AMANAH!!jadi kalau kita pecah amanah, ade lah balasan nye....
HidayahYassin said…
ye benar tu...sebaiknya kita cuba untuk berhati2 dan ingat apa yang dah orangtua kita buat untuk kita sejak lahir sampai kita dah pun dewasa. kalau diorang tak sayang kita, tak mungkin kita dapat membesar dan jadi macam apa yang kita jadi sekarang kan?

Popular posts from this blog

Ajip!

You're 22nd!

Gembira...

Salam... Suka sebab tak payah bawak kete g keje lagi. Dah tak perlu rasa nak park2 kete lagi... Abah dah bawak kete g KL... Dulu2 masa baru2 nak keje kalo abah nak bawak kete g KL, aku jadi cam hilang punca...hahaha... Sekarang tak lagi. Nak2 sekarang ni aku memang malas nak parking kete masuk dalam sekolah lagi. Bosan, capek, penat, rimas, lemas... Kira ok la tu kan? Aku sempat pesan kat mak, kot2 nak hantarkan hari2 pun bagus gak sebab tak payah aku nak bawak2 kete dah. Kalo mak suh bawak Unser dia, aku malas lah sebab sekarang ni ada kursus apa tah kat dewan so, banyak kete yang park kat luar tu... So, baik mak hantar ngan amek je sekalian dia ke kolej... futnot: semalam aku agak pelik kenapa pekerj2 booth makanan kat TS ni tiba2 bawak hp memasing kat arah belakang aku? pastu siap menjerit2 pulak... rupa2nya ada bintang sinetron 'Anakku Bukan An a kku' datang n lalu kat kawasan tu... takut diserbu ke? aku , Zila , Nurul ngan Asmah 'bertekak' kejap kata pelakon tu...

Berkampung di Tunas Kijang

Salammmm... Berdasarkan tajuk di atas...malaslah nak berpanjangan ke mukaddimah lainnya... Haha...ye, dah beberapa hari ni terpaksalah kita berkampung tidak berkhemah di tempat orang demi melunaskan kerja yang tertangguh akibat keputusan yang diambil pun hanyalah di saat akhir... Ohoi...seruk banget deh... Bolehlah silang kaki silang panggung 4 hari ni...dari Selasa lopeh dan harapnya harini adalag hari terakhir kami kat sini... Tapi untuk kerja yang lainnya terpakso lah menjejakkan kaki kesini lagi dalam 2minggu sekali ke...? Bekerjalah kerana Allah... Semoga tabah...