Skip to main content

Cinta yang sakit...

Assalamualaikum (dia yang ajar tulis biar penuh)...

Dah bulan 5 pun kan? Bulan depan...setengah tahun 2013. Dah tercapaikah impian yang dipahat sejak awal tahun? Atau sekurang2nya, satu atau dua...ataupun mungkin sebahagiannya sudah dilaksana? Apepun diharap semuany berjalan lancar. Yang penting benda yang elok dan dirahmati jua diberkati Allah.

Lama xmenulis, mukaddimah pun berjela... Melepas rindu katanya...

Andai kita ada pengalaman yang perlu kita lupa tahun ini...jom cuba perlahan2 buang jauh dari fikiran? Jadikan ia sebagai panduan hidup. Biar lepas ini, kita tahu menanganinya.

Satu darinya mungkin kisah cinta? Cinta bertepuk sebelah tangan? Cinta Jangan Pergi? Eh? Hehehe... Cinta dan yang berkaitan dengannya... Kita tak dapat lari dari berbicara tentang soal ini...

Cuma, kita sebagai manusia mestilah tahu mengawal situasi bila berdepan soal Cinta tapi...kerana sayang, kita terlalu ikut hati dah ye...perasaan. Semuanya kerana terlalu sayang sampai relakan hati dinodai...

Jom kita majukan diri, didik diri supaya tak Buta Hati menerima cinta palsu. Kesian hati kita, kan? Kena sayang diri sendiri dulu kan?

Jom, saya nak kongsi satu cerita (satu dari bangak cerita). Yang mana kerana sayang...cinta, ianya telah menjadikan seseorang sakit dan menderita kerana cinta. Ianya terjadi kepada seorang yang agak rapat dengqn saya.

Mungkin ada yang terlalu mudah untuk membuka hati kepada "so called cinta" tidak lama selepas putus kasih dengan yang lain. Dan terjadi juga kisah yang sama...terlalu mudah memberi hati yang akhirnya dikecewakan semudah 123... Kadang terfikir juga, apakah seorang lelaki itu mahukan?

Cantik? Pandai? Gedik? Adakah semua lelaki itu maklum yang Allah jadikan semua manusia itu tidak sempurna? Ini baru hendak mencari pasangan hidup. Belumpun lagi menjadi yang halal, macam2 yang diminta untuk tidak begitu...mahu yang begini.

Lagi sempurna yang dia mahukan, lebih banyak kelemahan yang mungkin dia akan temui nanti.

Kita ini berumahtangga bukan untuk sehari dua. Sudah tentu kita mahu sampai hujung nyawa...kan? Siapa yang mahu, jika perkahwinan yang dimeterai bersama, putus ditngah jalan? Dan penyebabnya cuma...tiada serasi? Dimanakah serasi yang dulu? Apakah selepas kahwin, segalanya berubah begitu saja? Tapi, kenapa?

Panjang lagi sebenarnya kalau kita nak bicara tentang cinta ni. Takpe, kita cuba cari bagaimana untuk atasinya. Bukan cari salah siapa... Ok?

Tak mahulah derita semata kerana cinta.

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi

Assalamualaikum Semoga mampu bermula semula... Buang jauh-jauh segalanya... Semuanya. Kita mulakan yang baru biarpun realitinya kita sedang menuju akhir tahun Masihi... Takpe, kita masih punya tahun Hijrah... Berharap berhijrah pada yang lebih baik dan baru. InsyaAllah. Ya Allah, jagakan dia untuk aku. Dia jauh, aku jua jauh. Aku tak mampu tahu apa adanya dia. Cuba tahu harap agar dia baik-baik seperti adanya dia. InsyaAllah! Aku mohon dengan sangat. Gpsetiap hari, apa yang aku rasa sampai pada dia. Dengan izinMu! Ameen!!! Semoga ketemu lagi dia nanti.

Mak!

Y ou're 55th!

Andai Ku Tahu...

Salam... Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...!  Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau... Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)... Ungu - Andai Ku Tahu Andai Ku tahu Kapan tiba ajalku Ku akan m...