Skip to main content

Buat Tatapan Hati Yang Aku Curi...dan hati itu telah pergi jauh...

Salam...

Aku mencuri hati orang tapi, akhirnya tuan punya hati dah pergi jauh tinggalkan si pencuri hati di sini.

Semalam terbaca satu komen dari seseorang yang aku tak kenal, katanya...seorang perempuan boleh hidup sendiri tanpa ada lelaki disisi. In terms of dah kahwin la ni.

Tapi, walaupun begitu tetap jugak seorang wanita sememangnya seorang yang kuat, tabah dan berani hadapi cabaran seoraag diri tanpa ada bantuan terus dari seorang lelaki yang bernama suami, kekasih atau cuma taruhan hati.

Kita mampu jaga diri sendiri tanpa susahkan lelaki.
kita boleh berdiri sendiri tanpa kita harap pada lelaki.

Kita boleh tapi jangan terlalu ego sampaikan kau rasa kalau lelaki tak ada pun kau mampu hidup.
Ye, betul tu tapi lelaki juga adalah penyelamat wanita, insyaAllah.
Kalau betul dia gentleman, dia sepatutnya faham kenapa dia seorang lelaki.

Ok, berbalik kepada kisah pencuri hati oraag.

Lama dah aku cuba biasakan diri dengan keadaan sekarang ni. Semenjak dia taknak berhubung dengan aku lagi. Semenjak aku hantar dia balik. Dia bawak aku jalan-jalan semua tempat yang mampu dia bawak.

Aku tahu, dia bukan pernah ada hati dekat aku tapi aku yang melebih-lebih. Hari2 aku berdoa supaya Allah bukakan hati dia macam mana aku bukak hati aku untuk dia. Tapi, dalam masa yang sama aku tak rasa dia akan suka dan sayang aku.

Banyak juga kenangan aku dengan dia. Mulanya dia baik sangat. Sampai satu masa, dia jadi lain juga kadang-kadang. Tapi, knowing him aku jadi tak reti nak beryanya apa2.

Tapi, aku nak dia tahu yang belum sekalipun aku tak ingat pada dia. Kadang terfikir, sebab aku doa nak dia sesanvat masa kat Mekah ke aku masih ingat kat dia? Dia nak kawen pon xjadi dan akhirnya kawan dia kawen dengan orang lain.

Semuanya jodoh, kan? Allah je yang tahu kenapa dan mengapa. Bila dia akan kawen dan aku akan berumahtangga. Eh? Haha.

Aku nak ke Madinah n Mekah lagi...nak sungguh2 buat Umrah. Rasa yang pertama kali hari tu tak puas dan betul2. Banyak masa terbuang sebab aku sendiri. Allah...

Doakan aku ke Mekah lagi ye?

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam... Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"... That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye... Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah t...