Skip to main content

Sungguh, saya ada banyak benda nak cerita tapi...asek delay je!!!

Salam...

Kesekian kalinya, bersiaran lagi kita yep... Argh!!! Kalaulah dengan menjerit segala masalah boleh hilang kan ke bagus?

Persoalan yang selalu n akan terus bermain2 di kotak fikiran ialah ----> hati n perasaan say yang satu ini... Aduhai! Susahnya nak tenangkan perasaan ni...

Dah ramai saya luahkan... Dah ramai yang beri nasihat yang sama pon tetap saya TAKUT nak confess! Sebab? Allah saja yang tahu... Takut nak terima kenyataan atau apa2 kemungkinan sebab hati dah terpaut n tak pandang orang lain lagi dah...

Orang suruh memang senang cuma saya je tak berani. Tapi kalau dah melepasi semua tu iAllah segalanya akan lega + akan rasa "Oh! Senang je? Ingatkan susah sangat..."... See? Kita lebih suka memandang yang buruk dan menilai apa yang belum berlaku sedangkan belum mencuba lagi... Apeda kau ni!

Saya bukan tak mahu mencuba tapi saya takut nak hadapi ape2 kenyataan sebab 'dia' terlalu dekat dengan saya... Sebab kalau jadi ape2 lepas ni akan buat saya tak keruan dengan 'dia' n saya taknak salahkan 'dia' atas ape2 sebab yang bakal berlaku nanti... Dia tak salah sebab saya yang mulakan semua ni...

Tapi, sikit2 saya dah mulakan dengan dia n harap jugak dia sedar kenapa saya buat semua tu kat dia. Saya memang tak nampak ape2 kemungkinan yang mungkin dia juga sukakan saya sebab saya tak tahu nak nilai semua tu. Ade je orang yang tanya, takkan tak nampak pape kot?

Bila di tilik2 kembali, rasanya ada tapi lebih kepada 'kesian' atau terhutang budi pada saya so saya anggap itulah tanda2nya... Dan saya yang lampi ni, hanya buat apa yang saya rasa nak buat masa tu... Sebagai contoh, bila 'dia' beria2 ajak saya dinner. Saya tak menolak tapi saya rasa saya tak dapat penuhi permintaan dia masa atas sebab2 saya sangat letih masa tu...

Bilamana saya kata saya penat, dia pulak tak jadi nak makan... Alamak, bila diingatkan balik...maaflah ye, saya ni kalau orang tak cakap kenapa (sebab2 kukuh) memanglah saya tak nampak ape kepentingannya... Maafkan la saya yang lampi ni... Dan kalau diingat2 balik dalam2...kalau betullah nak ajak, lain kali atau bila2 pon boleh kan?

Tapi tiada tayangan ulangan untuk kali yang kedua... Tapi kalau tak salah saya, pernah jugak dia cuba ajak bersarapan tapi memang ajakan tu sangat2 berlapik... Tapi bila melihat keadaan masa tu, memang tak sesuai untuk sarapan bersama2...

Sungguh2, tiapkali lepas solat saya mintak... Kalau 'dia' dekatkan... Kalau sebaliknya, jodohkan kami berdua dengan orang benar2 dicipta untuk kami dan biarkan jodoh kami sampai Syurga... insyaAllah!!!

Nampaknya macam makin dekat (kalau ikut hati saya...ape yang saya nampak n ape yang saya rasa sekarang ni)... Cuma, alasan konkrit untuk mengatakan yang 'dia' milik saya, memang tak dapat nak dipastikan lagi la... Antara sebab yang saya nampak dia semakin dekat - bila dia khabarkan yang seronok untuk tinggal di kawasan rumah kami...

Tapi, itupun masih tak dapat nak meyakinkan saya lagi... Saya harap sangat Allah beri petunjuk pada saya... Supaya saya boleh hadapi hari2 mendatang n kalau apepon yang jadi, biar dia yang memulakan segalanya...

Kata seorang sedara yang sangat dekat dengan saya... Apepon kemungkinan yang bakal jadi, kena redha n terima sebab kalau dia terima kita kerana kesian atau mungkin terhutang budi... Itu salah satu sebab kenapa dia sukakan kita. Kita takkan boleh paksa orang sukakan kita...

Tapi, mak selalu pesan, biar lelaki suka kita bkan kita suka lelaki... Macam mana tu?

Comments

Popular posts from this blog

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam... Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)... Tadi dengar Hot.fm , cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewn...

Tolong Ajar!

Salam... Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki. Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ... Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...   Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com , orange4k.com & ariffshah.com . Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com , mrs.kay.my , denaihati & myliriklagu.com Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda? Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk... Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu... Dan...